Welcome and thank you for visiting MFC

here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplemen Shaklee

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

MFC on Facebook

Pengedar sah Shaklee di Seri Kembangan, Serdang, UPM

Pengedar sah Shaklee di Seri Kembangan, Serdang, UPM
I'm Shaklee Independent Distributor, ID 570945. Setiap pembelian di laman MFC, anda layak menerima hadiah istimewa *, jadual mkn & tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB. Klik Gbr

Search Here

Loading...
Showing posts with label Osteomarix/Calcium. Show all posts
Showing posts with label Osteomarix/Calcium. Show all posts

Tuesday, December 20, 2011

10 kebaikan kalsium yg anda perlu tahu

Jgn lupe join giveaway dari MamaFaiz.COm Tarikh tutup 1.1.12
_____________________________
Apa kata harini luangkan masa 10min utk membaca info tentang kesihatan. Saya nak berkongsi info tentang kalsium. Biasanya, kalsium dikaitkan dengan tulang dan gigi..kan kan .. tetapi tahukah anda apa kebaikan kalsium yg lain?.. Mari baca

10 Kebaikan Kalsium:
Kalsium merupakan mineral yang penting bagi tulang, gusi dan gigi yang sihat. Doktor mungkin akan mencadangkan wanita untuk mengambil makanan tambahan kalsium apabila terdapat tanda-tanda awal masalah tulang seperti osteoporosis atau osteopenia.
  • Menguatkan Tulang – Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam keadaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.
  • Mencegah Obesiti - Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.
  • Melindungi Otot Jantung - Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.
  • Mengelakkan Kanser Kolon - Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.
  • Mencegah Blues Pra-haid - Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom prahaid pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.
  • Mencegah Batu Karang – Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain - lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.
  • Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat - Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.
  • Kawalan Tekanan Darah - Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi ( DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
  • Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat - Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda, jadi anak anda secara semulajadi membesar gigi dan tulang yang kuat.
  • Membantu Pengangkutan Nutrien - Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.
sumber : link blog Syuhada
____________________________
Suplemen kalsium pilihan saya? Sudah pasti lah Shaklee Ostematrix kerana Ostematrix ni lengkap dgn unsur kalsium, magnesium, dan Vitamin D. Vitamin D dalamnya penting utk memastikan penyrapan kalsium dalam darah dgn lebih efektif. Perfect. makan 4bj sebelum tidur, esoknya bangun pagi cergas ceria.. Alhamdulillah..


Berminat?
Setiap pembelian diMamaFaiz.COm, anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.
*Cara Order

Thursday, December 1, 2011

Kesihatan tulang jgn dipandang remeh..

Siapa dah baca latest majalah Shaklee Today?.. Bukan nak cite ttg gambar siapa dlm tu.. (hehe).. tapi nak cite yg part Healthy BOdy kat last page tu... Bila baca tentang topik2 tulang ni.. hmm.. risau gak rasa..lagi2 bila baca artikel ni kat Utusan Online tadi. Cuba baca ni
___________________________

Osteoporosis adalah satu keadaan kehilangan tisu tulang, mengakibatkan tulang-tulang rapuh dan mudah patah. Ia biasa berlaku di kalangan mereka yang meningkat usia dan golongan wanita berikutan menopaus, bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat, anda juga akan mengalami kekurangan jumlah tisu-tisu tulang, menyebabkan tulang menipis. Tulang akan mudah jadi rapuh dan mudah patah, terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.

Tulang adalah tisu hidup yang membaiki sendiri secara berterusan. Ia terdiri dari bahagian luar yang keras, mengandungi jaringan kolagen ( serat elastik yang kuat ) bahan mineral salur darah dan sum-sum tulang. Tulang yang sihat biasanya amat padat dan ruangan di antara tulang adalah kecil.Dalam kes osteoporosis, ruangan adalah besar, menjadikan tulang lemah dan kurang elastik. Perubahan pada paras hormon boleh memberi kesan ke atas kekuatan tulang. Sebagai contoh, hormon estrogen bagi wanita boleh mencegah osteoporosis. Selepas menopos, paras estrogen menurun, menyebabkan tulang menipis dengan cepat. Osteoporosis lebih kerap berlaku dan boleh menjadi lebih teruk.

Tanda dan Gejala

Osteoporosis mengambil masa beberapa tahun untuk berkembang. Gejala pada mulanya tidak begitu ketara pada peringkat awal dan boleh mengambil beberapa bulan dan tahun untuk muncul.Tanda osteoporosis termasuklah sakit sendi, sukar untuk berdiri lurus atau duduk atau kepatahan tulang tanpa hentaman atau hentakan. Apabila tulang menjadi nipis (rendah dalam jisim tulang) , perpecahan tulang pergelangan tangan, tulang pinggul atau tulang spinal (vertebra) lebih senang patah. Batuk atau bersin mungkin menyebabkan patah tulang dada (rib) atau berpotensi untuk tulang belakang reput.

Kepatahan tulang dalam usia lanjut boleh menjadi serius, kerana tulang tidak boleh membaiki diri sendiri dengan berkesan. Ini boleh menyebabkan kepada artritis dan mungkin menyebabkan kecacatan. Artikel tambahan:Masih belum terlambat untuk menyelamatkan masa depan anda walaupun anda sudah melebihi usia 30 tahun. Anggap tulang anda seperti akaun bank dan kalsium sebagai 'duit' yang disimpan di dalamnya. Tulang anda menyerap kalsium paling banyak sebelum umur 18 tahun dan inilah masanya akaun bank tulang anda akan mengumpulkan simpanan terbanyak. Lagi banyak anda simpan, lagi banyak anda akan ada apabila semakin tua.
_________________________________________________
Bila baca artikel ni.. rasa nak telan sebotol Ostematrix.. (aci tak?)...Usia saya masuk 32thn next year..dahla kurus ni.. huhu.. . tapi ape2 pun better late than never ..kan kan... Sebelum ni takdelah hairan sgt bab2 tulang ni sebab bila rasa segar sihat.. mmg tak ingat ape.. (lupe diri kannn) .. tapi bila pinggang rasa sakit.. lenguh2.. rasa mcm nak patah.. hmm.. baru sedar dirii.. Apa yg saya baca salah satu cara utk mengekalkan tulang yg sihat adalah pengambilan nutrien yg seimbang.. salah satunya pengambilan kalsium dari sumber susu,etc... Kalau nak harap minum susu je.. of course tak cukup rasanya.. jadi pilihan saya adalah Shaklee ostematrix..
Tahukah anda penggunaan hanya 2kaplets (2bj) Ostematrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan dari segi statistik dalam paras kalsium darah yg disukat dlm tempoh 12jam
*Kene disiplin mkn Ostematrix semula ni.. (saya biasa mkn weekdays je.. tp kadang terlupa.. tapi tu lah Ostematrix ni bagus mkn sbelum tidur.. tapi kadang2 ni bila dah landing nak tidur.. terus tidur....alasannnnn)
Gbr :ihsan majalah Shaklee Today..
Supplemen di atas adalah yg dicadangkan dlm memenuhi diet nutrien tulang anda.. Ostematrix, Omega, Vivix..

Setiap pembelian diMamaFaiz.COm, anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.
*Cara Order

.

Thursday, October 6, 2011

Ostematrix: Jawapan utk anda yg sering keletihan. sering lenguh2, kejang. sakit belakang.. sakit kepala..sakit gigi

Tahukah anda antara byk2 vitamin Shaklee yang cepat terasa kesannya.. adalah Ostematrix.. Sebab tu kalau siapa2 tanya saya, apa vitamin utk org selalu letih.. lenguh2, sakit belakang... hmm saya jawab.. Memadai anda cuba Ostematrix...
saya mula mkn Vitamin Shaklee tahun 2005..time tu takde lagi Ostematrix.. .. kemudian hujung 2008 saya pindah KL.. faham2 je lah kerja kat KL ni.. dgn stress,tak cukup tidur.. pagi2 buta kene bangun... malam baru sampai umah.. hmm.. Kak N suggestkan saya add on Ostematrix, produk rumusan terbaru Shaklee.... Hmm.. saya mkn 4 bj sebelum tidur... esok bangun tidur mmg besttttttt... hehe

Bak kata Kak N...Kelebihan Ostematrix Shaklee ialah kerana ia mengandungi gabungan kalsium karbonat, kalsium sitrat dan kalsium sitrat malet disamping magnesium dan vitamin D yang mana ia tidak menyebabkan kita sembelit dan lebih selamat dari risiko batu karang

KESIMPULANNYA
Jika anda adalah seorang yang mudah stress, mudah kejang, ada masalah water retention, sembelit dan pra haid, pastikan anda memberi peluang diri anda mengubah nasib anda dengan Ostematrix.

Jika anda seorang yang bekerja dan sering keletihan, ostematrix antara jawapan terbaik membantu anda kekal bertenaga dan bersemangat!

Jika anda seorang ibu mengandung, ostematrix membantu mengelakkan kekejangan dan sakit tulang belakang.

Jika anda seorang ibu yang menyusu, ostematrix membantu pengeluaran susu anda dengan lebih baik provided prinsip utama penyusuan diamalkan.

Jika anda seorang wanita, ostematrix membantu mengurangkan risiko kereputan tulang ( osteoporosis)

Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan, anda perlukan ostematrix demi memastikan kepadatan tulang anda mengampu tubuh badan anda!



Berikut komen2 dari customer2 kami...termasuk saya..hehhe:

Hazelina Alim yap ostematrix mmg bes .....sejak 3 minggu da tau prgnt x mkn ostmtrix br beli stok arini baru rasa segar bgn pagi....
Tuesday at 3:23pm ·

Ummi Hanifah Abd Halim OsteMatrix mmg best. Bgn pagi segar.
Tuesday at 12:46pm via mobile ·
Cery MamaFaiz OSTEMATRIX terbaiksss..mkn sebelum tidur 4bj.. esok bgn leh jd supermak.. ahhaha
Tuesday at 11:59am ·

_____________________________
AMACAM?SUKA tak? Jom dapatkannya hari ini!.. tak sampai RM60 pun Ostematrix ni.. murahh kan kan kan..

Soalan terakhir: Ostematrix sahaja cukup kah? Hmm.. jika anda mampu.. ambillah Set asas utk family wellness (optimum).. Jika tak berkemampuan nak beli original pack, dapatkan Euphoria Trial Pack dengan harga yang sangat berpatutan.
...sekiranya berminat. terus berhubung dengan saya, email kepada shareeza80@gmail.com or sms ke 016-3224122

Friday, April 15, 2011

seminggu dua ni.. ianya menjadi popular..kerana ianya bukan sebarang calcium. Apa kata Fai

nak tahu tak ape hot stuff 1-2 minggu ni.... dalam seminggu je.. rasa2nya hampir 10 botol laris....
bukan sebarang botol ya... Ini diaaaa
siapa yang cari botol Ostematrix ni...
- ibu hamil...detail disini
-ibu menyusu yg nak BOOST susu.... detail disini
-ibu2 menyusu tadi yg belikan utk mak mereka
-para suami yg belikan utk isterinya
-kwn2 sy yg belikan utk parents...
....kesimpulannya mmg best...sebotol Ostematrix (CalMag) hanya rm49 (120bj)... best kan.. murah tapi kesannya.. amat mengujakan..

___fakta ringkas: OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kaplet bersalut yang mudah ditelan

  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.

ni pula SMS yg sy dapat pagi tadi dari Pn Fai dari JB.. yang belikan ostematrix dan B complex utk ibunya...
~“…Kak.. fai msg dgn ibu tadi..Fai bagi ibu mkn bcomplex and ostematrix.. Ibu ckp selalu lepas bangun masa mesti tido jap sementara tunggu subuh… Tapi skrg tak tido pun..x terasa ngantuk..hehe..adik pun sama.. fai bagi lecithin dgn bcomplex,dia ckp dah tak ngantuk time kat kelas.. …”

lain2 yg menarik..

*berminat nak dapatkan supplemen shaklee pada harga ahli?kami juga menyediakan Trial Pack 30 hari serendah RM70 - RM140.. boleh sms sy di 0163224122 atau email saya di shareeza80@gmail.com atau boleh guna ID saya 570945 di mana2 branch Shaklee berdekatan

Sunday, April 3, 2011

Pengambilan kalsium dan produk tenusu sahaja tidak cukup.. Osteoporosis?

sebelum masuk tidur ni.. jom baca tentang ni.. tentang salah satu kesukaan saya ni.. Ostematric (Cal Mag)
________________

Ostematrix-Membantu Mengurangkan Risiko Osteoporosis***

Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi sepanjang hayat yang merupakan sebahagian daripada diet yang seimbang berupaya mengurangkan risiko osteoporosis. Sebagai tambahan bagi membina tulang dan gigi yang kuat, nutrisi yang terdapat di dalam OsteMatrix berupaya:

  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal*
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf*
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah eradang dan kemurungan.*
OsteMatrix Membekalkan:
  • 1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium
Kaplet bersalut yang mudah ditelan
  • Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Untuk hasil yang lebih baik, ambil dua biji kaplet, dua kali sehari berserta makanan.
Bayangkan kalsium sebagai batu-bata dalam proses pembinaan tulang-temulang yang kuat dan sihat. Batu-bata ini akan lebih kuat dan lebih seimbang jika digabungkan bersama mortar. Mortar mengandungi vitamin D, magnesium, boron, zink, tembaga dan mangan.
Dengan gabungan nutrisi ini, kalsium mendapat sokongan yang diperlukan untuk membina tulang yang kuat ketika anda muda serta meminimumkan kereputan tulang ketika anda tua.

Pengambilan hanya dua kaplet OsteMatrix sahaja berupaya menghasilakan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu.

***Pengambilan kalsium sepanjang hayat juga diet yang seimbang serta senaman yang teratur berupaya mengurangkan risiko osteoporosis.

____________________________

Ostematrx ni glemer ..mmg faveret customer2 saya.. bukan utkdiri mereka je..tapi utk ibu bapa mereka... suami tercinta.. . Anda bagaimana?

Bulan ni .. Ostematrix (sebotol)... boleh didapat dalam Set E yang ada promosi tu

Trial Pack set E hanya RM135. Jimat RM4. (ia mengandungi set B dan sebotol Ostematrix-CalciumMagnesium)..

____________*tapi kalau nak sebotol je..cume rm49(120bj)________

Okeyla selamat malam semua.... jom mkn ostematrx sebelum tidur.. nnt sy akan share lagi tentang kalsium dan osteoporosis.

Friday, April 1, 2011

untuk ibu hamil. pastikan cukup kalsium utk kurangkan komplikasi ketika meneran . dan jika anda WANITA.. jgn abaikan kalsium

saya suka info di bawah ini tentang keperluan kalsium dan kaitannya dgn wanita.. Jom baca.. sumber asal : here
__________________________

APABILA bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.

Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya.Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.

Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.

“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.

“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.

Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi

Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.

Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat.Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.

Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.

IKAN bilis adalah sumber kalsium paling utama, mudah didapatkan dan senang diintegrasi dalam sajian seharian.Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selian itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kak. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

________________

Pilihan saya?.. Ini dia suplemen calcium/magnesium favorite saya.
Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix.. gabungan Calcium Magneisum lengkap dengan vitamin D … Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..

Saturday, January 22, 2011

Fungsi kalsium yang anda perlu tahu selain dari pembentukan tulang dan gigi.....jeng jeng jeng.....

Saya tertarik dengan artikel yang dishare diblog Pn Fiza..tentang kepentingan kalsium...yelah kan ..selama ni kalau sebut kalsium..kita hanya kaitkan dengan tulang..gigi yang kuat...sebenarnya ia amat penting lebih dari itu....mari kita baca...

Sebenarnya kalsium amat penting dalam kehidupan manusia secara keseluruhan. 99% daripada sumber kalsium berada dalam tulang dan 1 % lagi berada di dalam darah, gigi dan tisu.Kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Oke, Ini semua orang tahu, termasuklah budak sekolah rendah. Kalsium memastikan tulang kita padat dan kukuh. Ini bagi memastikan kita boleh berdiri tegak. Jika kurang kalsium, tulang kita ada ruang kosong, rapuh dan mudah patah.

Kesuburan. Kajian oleh para ilmuan dalam bidang kesihatan mendapati di hujung sperma terdapat komponen kalsium yang berfungsi membelah dan menembusi dinding telur, kemudian barulah berlaku pembentukan janin. Jadi, sebenarnya tidak semudah itu sperma dapat masuk ke dalam ovum, perlu ada kalsium. Berita baik untuk mereka yang belum dikurniakan anak. Mungkin perlu tingkatkan pengambilan kalsium terutama pada si suami.

Membantu fungsi otot dan jaringan saraf. Menurut satu sumber yang saya baca, kajian saraf adalah yang paling rumit untuk difahami. Sistem saraf bertugas sebagai pengendali. Ibarat stereng kereta. Kalau tiada stereng bagaimana hendak memandu. Kalau system saraf kita tidak berfungsi, kita jadi lumpuh. Kalau sesiapa yang pernah mengikuti perkembangan komposer terkenal, Seri Bayu pasti tahu, betapa beliau menghadapi satu ujian yang hebat iaitu menderita penyakit saraf. 1% kalsium yang berada di luar tulang ini, memang kecil tapi besar impaknya pada tubuh manusia.

Kalsium memastikan otot dapat meregang dan mengecut. Orang yang merasa kebas atau kesemutan adalah kerana ototnya tidak meregang dan berkontraksi. Sewaktu mengandungkan Aisyah, saya pernah rasa kejang kaki. Biasa dialami oleh wanita mengandung. Melalui pembacaan, ia dikatakan berlaku apabila mesej dari otak tidak sampai ke otot dan saraf. Proses penghantaran maklumat inilah yang dipanggil neurotransmitter. Ion kalsium membantu pelepasan neurotransmitter. Ketiadaan kalsium menyebabkan maklumat tidak sampai kepada penerima iaitu otot dan saraf. Akibatnya, badan tidak dapat bergerak kerana tidak menerima arahan. Gejala paling ringan ialah, kekejangan otot. Teringat seorang teman saya, tiba2 beliau tidak dapat menaip. Doktor mengesahkan beliau ada masalah saraf. Apa yang saya tahu, beliau menyusukan anak dan bekerja. Mungkin pengambilan kalsium dapat membantu selain ubat-ubatan

Kalsium juga bertindak sebagai alarm kepada system imun. Kedatangan virus dan kuman akan dimusnahkan oleh system imun kita. Namun, sebelum tentera pertahanan badan kita dapat bertindak, ion kalsiumlah yang akan membawa arahan supaya sel-sel imun bertindak memerangi virus dan kuman tersebut. Kekurangan kalsium menyebabkan system pertahanan badan kita tidak berfungsi sepenuhnya. Gejala yang biasa didapati ialah keradangan kulit seperti ekzema, kudis, jerawat, dan sebagainya lagi.

Melancarkan sistem jantung dan aliran darah.Jantung adalah nadi kehidupan manusia. Otot jantung bergerak apabila menerima arahan daripada kalsium. Dikatakan kalsium mengaktifkan sejenis protein yang bertindak menggerakkan otot jantung dan mengalirkan darah. Apabila kalsium dalam darah kurang, kelenjar parathyroid akan mengarahkan kalsium dari tulang masuk ke dalam pembuluh darah. Masalahnya kalsium dari tulang ini tidak menjalankan fungsi kalsium di pembuluh darah. Ia mengikat lemak di jaringan pembuluh darah sehingga mengakibatkan salur darah mengeras, tebal dan menyukarkan aliran darah. Kemudian, berlakulah masalah hipertensi atau tekanan darah tinggi. Lebih parah lagi, ianya membawa kepada masalah strok dimana anggota badan tidak dapat digerakkan.

Saya pernah cerita mengenai emak saya, beliau dulu mengalami masalah jantung yang agak lemah dan mengambil Aspirin bagi membantu jantungnya berdegup. Tetapi sekarang Alhamdulillah, pernafasannya lebih lancar dan tidak tersekat-sekat walau banyak bergerak dan berjalan. Memang benar, kalsium menguatkan degupan jantung dan boleh mengurangkan lemak dalam darah.

Gejala-gejala seperti di atas tidak berlaku dalam jangka masa pendek. Ia akan muncul apabila melewati usia tua. Ia datang sedikit demi sedikit. Kita tidak sedar sehinggalah ia menjadi parah. Tidak mengapa tulang rapuh, gigi patah dan rosak tetapi kalau system saraf tidak berfungsi, apalagi yang kita boleh lakukan.Jelas sekali, peranan kalsium memberi impak yang cukup besar dalam kesihatan manusia dan kelangsungan hidup. Kekurangan kalsium boleh menjadi punca serangan pelbagai penyakit kronik. Mencegah itu lebih baik dari merawat. Cegahlah sebelum menjadi lebih parah


*Sumber kalsium: susu, yogurt, keju, telur,daging,produk2 tenusu,
Di Shaklee....supplemen kalsium dikenali sebagai Ostematrix..gabungan Calcium Magenisum lengkap dengan vitamin D… Sebiji OsteMatrix membekalkan 250mg Kalsium dan 100IU Vitamin D. Maka, untuk mendapatkan 100% nilai harian Vitamin D dan Kalsium, anda perlu ambil sebanyak 4 biji OsteMatrix setiap hari..

Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 (utk minimum 3 jenis vit) dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 016-3224122 atau boleh guna ID saya 570945 di man2 branch Shaklee berdekatan

Saturday, January 1, 2011

tension susu merudum sebab period? Pastikan ni ada sebagai booster/perisai ~Set B + ESP+ Ostematrix

Ni dia entry pertama saya di tahun baru..khusus buat ibu2 yang sedang dalam perjuangan penyusuan susu ibu...Buat ibu2 diluar sana yang sedang frust/tension disebabkan susu drop akibat period.....sabar yer.. (berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikulnya..kan kan...)..betul ke susu tak drop kalau consume Ostematrix Shaklee ?..hmm... cuba baca apa kata Azrin

Oh..(suke sgt mula dgn oh..wah..hahaha) nampak nya 'kawan baik' saya nak dtg tak lama lagi..tanda2 mcm sakit perut, sakit belakang sume dah ada..Dan yang paling tanda utama ialah hasil tenusu pun agak2 drop sedikit...Tapi tak seteruk macam saya mula-mula period...Boleh baca kt entry ni..Sebabnya???Saya dah bersiap sedia...(mcm org nak berperang plak..hauhauahu..) Start je rasa macam nak period tu, saya terus konsistent ambik OSTEMATRIX everyday 4 bijik.. Slalu nya saya ambil selang sehari or just 2 biji sehari.Tapi bila dah dekat2 nak period ni saya ambil 4 biji tiap2 hari....Resultnya??? Sakit2 senggugut tu hilang..SUSU pun tak drop sangat2..Eh bukan jugak cakap susu tu tak drop yer...Slalu saya dapat pump dlm 6oz...Ni dpt la 4-4.5oz...Tapi masih bagus berbanding kalau saya tak consume OSTEMATRIX skali pump dpt1.5oz!!!!!! Sadis...
Jadi..kesimpulannya.. perisai untuk anda yang risau susu drop kalau period... haaa.. make sure tiga bende ni ada Set B + ESP + Ostematrix....

.Bagaimana pun..saya sering mengingatkan ibu2 agar jangan membandingkan apa yang anda perolehi dengan ibu2 yang lain..setiap dari kita adalah unikbegitu juga hasil susu ibu untuk sikecil..jika kita terus mengeluh dan membandingkan..kita seolah2 tidak bersyukur dengan pemberian Allah..yer tak... Bukankah kita patut bersyukur...lagi kerap kita bersyukur dan beristigfar..lagi murah rezeki susu ibu untuk si kecil permata hati bonda.....Apa yang saya share disini ..pengalaman ibu2 ....sekadar ingin menaikkan motivasi ibu2..kerana saya faham breastfeeding tak semudah yang disangka

Nak tahu option suplemen yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi saya,di shareeza80@gmail.com | 016-3224122. Setiap pembelian di MamaFaiz.COm, anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.

 

Recent post

My Blog List

Statistic

MamaFaiz...~mom's favorite choice Copyright © 2010 . Designed by Whitey Mommy