Welcome and thank you for visiting MFC

here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplemen Shaklee

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

MFC on Facebook

Pengedar sah Shaklee di Seri Kembangan, Serdang, UPM

Pengedar sah Shaklee di Seri Kembangan, Serdang, UPM
I'm Shaklee Independent Distributor, ID 570945. Setiap pembelian di laman MFC, anda layak menerima hadiah istimewa *, jadual mkn & tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB. Klik Gbr

Search Here

Loading...
Showing posts with label Kepentingan Vitamin. Show all posts
Showing posts with label Kepentingan Vitamin. Show all posts

Tuesday, December 13, 2011

Anda mungkin rasa anda sihat kerana tidak mengalami sakit kronik.. tapi

Alhamdulillah.. akhirnya ada sedikit masa terluang utk update blog.. Hampir 8hari saya travel nonstop.. Dari 5hb-12hb Dec.. Dari KL ke HongKOng..(letih yg amat sebab dok pulun layan Faiz explore disneyland and ocean park.pengsannn)... balik HongKong duk sehari di KL sebelum teruskan travel ke Miri (sambil hantar hubby.. sambil2 buat kelas utk anak2 buah bisnes... love the trips).. then singgah Brunei jumpa adik ipar dan sepupu2 faiz.. dan akhirnya..semlm ptg baru tiba KL... Phew.. mmg exhausted...bla blabla..waktu solat pun keep on changing.. cth kat HK.. kul 5 lebih dah magrib..(sbb sana tgh musim spring.. sejuk so siangnya pendek berbanding mlm) then balik kl magrib kul 7 lebih.. lepas tu gi Miri..berubah lagi magrib jd pukul 6lebih. .. sampai tibe KL semlm. sy naik confuse..hahaha..

well... nnt sy cerita detail bab2 jalan2 ni..kalu tak kang sampai ke sudah tak abihs.. gbr2 pun tak abis upload lagi.. . tapi alhamdulillah.. bila travel dgn famili tersyg..kemudian jumpa sahabat2 seperjuangan Euphoria GBS, tak terasa penat..excited.. enjoy.. tapi dah penghjuung journey tu..barulah rasa letih yg amat..mcm tak cukup tidur seminggu.. ahakss.. tapi yg best alhamdulillah sbb nikmat kesihatan sepanjang travel... biarpun berubah2 cuaca.. dari sejuk ke panas.. (mmg tak tinggal mkn ostemtrx 4bj sebelum tidur, nutriferon... bla bla bla). Okey2.. pagi2 ni bukan nak cerita pasal trip travel .. tu entry lain... tapi saya sekadar nak berkongsi.. kenapa anda perlukan vitamin or suplemen.. sbb ada yg ckp ke saya. oo takpe.. aku takde sakit jantung. takde sakit buah pinggang takde sakit2 kronik.... aku sihat segar... Hmm... well.. anda mungkin rasa anda sihat kerana tidak mengalami sakit kronik.. tapi cuba lihat..adakah anda ada masalah2 berikut?
  • kurang tenaga/letih/lesu/penat,
  • berat bdn berlebihan
  • selalu pening
  • gusi berdarah,
  • mudah calar
  • mengantuk,
  • gugup
  • selsema,
  • selalu mengambil painkiller
  • nafas berbau,
  • sakit2 sengal badan,
  • sakit bahu,
  • sembelit,
  • rambut gugur,
Itu semua adalah tanda2 biasa disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup kurang sihat. Jika dibiarkan berlarutan tak musthil ia membawa kepada sakit2 kronik.. yg masa ketika itu.. anda kene bergantung pada ubat.. Apa yang boleh kita amalkan untuk mencegah?... Tahun 2011 dah nak hampir ke penghujung.. tapi kalau nak ikut kalendar islam..kita dah pun masuk ke tahun baru 1433H.. kan kan. Jadi sementara kita masih di awal tahun ni ..mari tanamkan azam untuk mengamalkan gaya hidup sihat..mari apply tips2 di bawah ni..
  • Bersenam sekurang2nya 3x seminggu ( tak semestinya ke gym..boleh pilih yang simple2..turun naik tangga ke...skipping ke...)
  • Kurangkan pengambilan gula dan garam, kafein,rokok..
  • Makan makanan yg sihat dan seimbang (kurangkan mengambil makanan berproses ..ie fastfood... kerana makanan yangtinggi kadar pemprosesannya akan mengurangkan khasiat2 zat2 makanan tu.
  • Makan lebih sayur dan buah..makan protin dari sumber rendah lemak
  • Minum 8-10 gelas air yang bersih
  • Belajar kawal stress dan tekanan hidup
  • Tampung kekurangan diet anda dengan vitamin yang berkualiti seperti multivitamin, Vitamin C , Vitamin E.B Complex.. Sila rujuk disini cara memilih vitamin (quality checklist)
Vitamin pilihan saya? Saya dah memilih vitamin jenama Shaklee. kerana ianya selamat, berkesan dan mesra alam.. dan yg penting ianya vitamin natural bermaksud bdn mudah serap berbanding vitamin sintetik/kimia.. dan yg palinggg bestt sbb ianya affordable..murah setanding kualiti.. takdela nak kene spent beratus2 sebulan utk suplemen....sebotol multivitamin Shaklee tahan berbulan2 dan sebotol tak sampai RM100 pun.. Kenalah bijak berbelanja sekarang ni sbb byk lagi brg yg nak dibeli..dan sy pun surirumah je..
Utk ibu menyusu
Sekian terima kasih.
Terima kasih kepada pelanggan2 MamaFaiz.COm yg tetap membuat pesanan biarpun sepanjang ketiadaan saya dan ada yg menunggu sy balik.. Sangat2 sy hargai.. feel free to email me jika anda ada sebarang kesulitan dalam pengambilan suplemen dan perlukan konsultasi. InsyaAllah sy akan bantu sebaik mungkin...
Dan yg paling best of course apabila melihat kesungguhan anak2 buah dibwh group sy dan juga ahli2 Euphoria yg buat bisnes Shaklee as part time.. yg bersemangat waja dan konsisten sharing tentang Shaklee.. Doa saya mengiringi anda semua walau kita semua jauh di mata..tetapi dekat dihati.. Yakinlah bahawa Allah sebaik2 pelindung dan penolong.. the more we share the more we gain.. the more we give the more we get... :-).. Do it with passion and your time will come..

______________________________
Setiap pembelian diMamaFaiz.COm, anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.
*Cara Order

Thursday, November 10, 2011

Jenis2 dan Fungsi Vitamin & Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin

Sumber: Wikipedia
_____________________________

Vitamin ialah bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses protein, Karbohidrat dan lemak dalam badan anda.

Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-sel darah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripada makanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain. Mari kita lihat jenis2 dan fungsi setiap vitamin



Jenis vitamin Fungsi
Larut dalam lemak : Vitamin A Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin K Bagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air: Vitamin C Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12) Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

Soalan seterusnya.. Apa akan terjadi jika tidak ambil vitamin?

Semua orang digalakkan mengambil vitamin. Lebih-lebih lagi, anda yang tidak lalu makan atau tidak mahu makan sayur, ikan, dan daging.Vitamin juga bagus untuk anda yang tidak suka minum susu atau apa sahaja jenis makanan yang bernutrien tinggi. Sekiranya anda amalkan cara pemakanan sebegini, lama-kelamaan badan akan kehilangan vitamin dan nutrien. Untuk mendapatkan nutrien yang hilang itu, anda perlu makan vitamin. Pengambilan vitamin akan membantu tubuh berfungsi secara normal.Berbeda pula sekiranya anda yang tidak mengambil vitamin. Kekurangan vitamin tertentu dalam tubuh akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit. Misalnya, rabun(kurang vitamin A) dan anemia(penyakit yang disebabkan oleh kekurangan sel darah merah) Penyakit anemia ini adalah disebabkan kekurangan vitamin B12 atau zat besi.

________________________________________________

Sekian info sharing hari ini ya... Semoga hari esok lebih ceria dan lebih bertuah dari hari ini buat kita semua..

Tuesday, October 25, 2011

Hanya kita yang tahu saiz baju kita. Hanya kita yang tahu taraf kesihatan diri kita. Hanya kita yang tahu menilai betapa berharganya diri kita.

Dah makin besar group Euphoria sekarang ni.. sy tumpang gembira .. kerana ini bermakna kenalan baru saya makin bertambah.. Dunia Siber Tanpa Sempadan...Alhamdulillah.. dan bermakna customer2 alam maya saya juga bertambah.. customer yg bukan hanya sekadr customer.. tapi juga menjadi rakan alam maya malah ada yg mejadi rakan kongsi bisnes, :-)... Anda ingin join grup saya? Sila hubungi saya ya... Petang2 ni sambil rehat2 saya tertarik dgn pendapat kak N di entrynya tentang fungsi suplemen dalam pemakanan harian..katanya makanan tambahan ni hanya membantu menutup ruang2 kosong zat yg diperlukan oleh badan... Mari baca petang2 ni.....
__________________________________________________

"......Hakikatnya dalam apa jua makanan yang kita ambil memang terdapat vitamin dan zat galian yang diperlukan oleh badan cuma kuantitinya adakala adalah tidak selari dengan keperluan tubuh badan. Saya berikan contoh mudah, kita perlukan minima 500mg vitamin C sehari iaitu bersamaan dengan 7 biji oren.
Namun dalam dunia realiti, harga sebiji oren sendiri dah cukup mahal. Mungkin kita mampu untuk makan 2 biji sehari. Maka kita memperolehi mungkin 150 gm vitamin C dari buah oren itu. Vitamin C pula sangat fragile. Ia mudah rosak sebab pengambilan kafien, bila kita terdedah dengan panas, bila kita rasa tertekan, bila kita minum banyak air. Maka jika ia tidak diganti semula, maka makin hari vitamin C yang sedia ada hanya pada takat minima. Sehingga adakala tidak mampu untuk melindungi tubuh dari serangan penyakit terutama demam dan selsema.

Bagi ibu menyusu lagi la, segala vitamin digunakan sepenuhnya....bukan sekadar untuk sistem immuniti badan sendiri tetapi akan disalurkan kepada si anak melalui susuibu. Tidak dinafikan terdapat banyak kes yang mana si bayi yang menyusu susuibu sering sakit dan apabila si ibu mula mengambil makanan tambahan Vitamin C terdapat perubahan yang ketara pada si anak. Semenjak itu jarang sakit atau jika sakit tidak berlarutan dengan lama.

Mungkin ada yang skeptikal dengan vitamin. Namun secara peribadi bagi saya yang dah amal hampir 12 tahun, vitamin banyak membantu mengubah diri saya. Jika dulu saya tak boleh makan seafood, mudah aje alah dan gatal-gatal sehingga luka dan bernanah, tetapi kini tiada lagi. Saya boleh makan udang, ketam seperti orang lain.Jika dulu saya senang kena migraine, tak boleh kena panas matahari, mudah la rasa nak pitam la, nak pengsan la....rasa sakit kepala yang amat....tapi kini alhamdulillah.
Vitamin atau nama lainnya makanan tambahan, ia bukan pengganti makanan utama dalam menu harian, cuma ia membantu badan kita cukup dengan keperluan vitamin selain memastikan badan kita kuat dalam melawan penyakit.

Ada yang mengejek...kenapa nak bergantung dengan vitamin sedangkan kita ada banyak makanan? Makanan hari ini kaya dengan lemak dan kolestrol ditambah dengan perasa tambahan seperti MSG bagi mereka yang makan diluar. Sifat kebergantungan itu balik pada persepsi individu. Kalau kita tak mampu nak minum susu, memang banyak lagi makanan yang kaya dengan kalsium namun sebagai ibu menyusu, mampukah mereka menyukat pengambilan sumber kalsium harian mereka adalah seperti yang disarankan iaitu tambahan 1000mg sehari?
Bagi saya jalan mudah makan tablet kalsium. Ia membantu menutupi kekangan keperluan kalsium secara tidak langsung. Jika tidak di atasi, penghasilan susuibu akan terjejas apabila kalsium makin berkurang dari badan. Mengapa ibu yang menyusu sering keletihan, sakit belakang, sakit gigi serta susu merundum apabila menstrual datang? Ini tandanya kalsium dalam badan dah makin berkurang.
Setiap orang punya cerita tak sama. Jika anda mampu makan 2-3 pinggan ulam sehari, maka ini tidak bermakna orang lain mampu melakukannya. Samalah dengan vitamin. Saya tahu bukan semua mampu membelinya. Tapi secara peribadi kesihatan itu sangat rendah nilainya apabila orang itu jatuh sakit dan tatkala itu, mereka yang tidak berduit pun boleh ada duit untuk beli vitamin. saya dah jumpa ramai kawan yang dulunya menyebut ah buat apa membazir duit beli vitamin. Tetapi sudahnya bila sakit, sebab taknak bergantung dengan dadah @ ubat doktor, mereka sanggup keluarkan banyak duit beli vitamin.
Sekadar renungan, seorang kenalan dulu tak makan vitamin sebab suaminya tak beri. Tetapi selepas suaminya memuji kawan sepejabatnya, si isteri rasa menyesal sebab tak berusaha nak cantikkan wajah dan badan. Kini si isteri bersungguh menjaga kecantikan luar dalam. Bukannya perlu menjadi isteri derhaka kerana nak makan vitamin, tetapi pujuklah mohon kebenaran suami untuk makan vitamin demi kesejahteraan dan kebaikan suami isteri dalam jangka panjang. Bila isteri cantik dan nampak muda selalu, sejuk mata suami yang memandang.

Hanya kita yang tahu saiz baju kita. Hanya kita yang tahu taraf kesihatan diri kita. Hanya kita yang tahu menilai betapa berharganya diri kita.
______________________________
Thanks N for sharing...
For latest healthy beauty info, klik LIKE page MamaFaiz.COm dan jika anda ingin mendapat harga istimewa atau konsultasi percuma sila SMS/WhatsApp 0163224122 atau emel ke shareeza80@gmail.com

Sunday, September 25, 2011

Kekayaan vs kesihatan... Ubat vs vitamin

Saya bukannya doktor yer ..dan saya bukan jual ubat... Saya di sini hanya berkongsi suplemen semulajadi pilihan saya... Shaklee adalah vitamin neutral... jadi sebarang supplemen yang dicadangkan adalah berdasarkan apa yg badan perlukan..Vitamin ni hanya sebagai tambahan memenuhi ruang kosong dlm bdn..Dan vitamin ni juga sebagai salah satu langkah2 berjaga.. mencegah.. prevention is better than cure.. cumanya sebagai manusia biasa.. kita tak nampak betapa bernilainya harga sebuah kesihatan..lebih suka mkn ubat bila sakit..... kan kan kan..

ni saya petik sebahagian kata2 Irfan Khairi (jutawan online tu)..
Kekayaan atau kesihatan yang penting? Pastinya ramai akan kata, kesihatan lagi penting. Tapi sering kali, kita hanya mengambil berat tentang kesihatan kita apabila kita jatuh sakit. Bila tak sakit, mungkin berbagai aktiviti gaya hidup yang kurang sihat kita amalkan- seperti merokok, makan berlebihan, minum minuman yang manis dan sebagainya. Apabila jatuh sakit, baru lah kita akan tersedar dan pantang untuk menjaga kesihatan.Menjaga kesihatan harus bermula daripada awal sebelum terlewat. Dengan kesihatan yang terjaga, kita juga dapat menjaga kewangan kita pada kos-kos perubatan yang sering menelan beribu ringgit.
____________________________________________

Dan sekarang ni ada pelbagai produk kesihatan di pasaran.. buatlah pilihan yg tepat ye saudara saudari .... jangan jadikan ubat tu wajib makan.kene usaha yg terbaik dahulu.... cuba baca apa yg doktor kwn saya ni cakap...
________________________________________
just nak share dgn kwn2 semua..ni kisah kwn sy yg kena minor strok recently..2 bln tak g keja sbb bdn terlalu lemah dan bila ckp kat fon dgn dia, mmg semput2 je suaranya. sy syorkan vivix, tp beliau mempunyai kekangan, so beliau amik fiberplan je. doc diagnose beliau as high blood pressure. tp beliau ade satu mslh lg iaitu sakit kt belakang kepala. bila mkn ubat darah tggi, ok, kepala tk sakit, bila tk mkn sakit balik. jadinya last wk beliau buat full medical checkup, doc kata ade blood clog kat kepala beliau. so, beliau bgtau doc yg beliau ade consume supplement fiber. nak tau doc kata ape?

"u better amik supplement dr ubat yg i bg ni. sbb ubat ni ada drugs, so lama-kelamaan byk drugs dlm bdn u n eventually will effect ur kidney pulak. i will stop this high blood pressure medicine, u just continue with ur fiber@whatever supplement yg u mkn. supplement for prevention better amik those.."
dan beliau sgt teruja bila doc ckp kat beliau camtu.. so, prevention is better than cure yea..:-)
· · · Yesterday at 10:43am

Hmm... anda renung2kan lah yer... sama ada nak berngantung dgn ubat.. atau mulakan dari sekarang mengambil supplemen... Tak semestinya kene mkn berjenis2 supplemen.. sekiranya anda rasa anda sihat.. memadai mengambil sebiji multivitamin sehari....Apa kata cuba VITALEA.. sebiji sahaja sehari...60sen sehari...takkan susah kottt.... ianya multivitamin Shaklee... killer product..Ia dicipta seawal tahun 1915, multivitamin pertama yg dihasilkan yer...F
akta seimbas lalu
_____________________________________________________
Vita-Lea® Iron Formula
Multivitamin & Multimineral
Multi yang Hebat
Makanan tambahan yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.
Mengandungi lebih nutrien, tenaga dan perlindungan
Pakar kesihatan mencadangkan semua orang dewasa mengambil makanan tambahan harian bagi menyokong kesihatan secara menyeluruh. Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tambahan biasa menyebabkan tubuh mendapat nutrisi yang tidak seimbang. Vita-Lea adalah formulasi premium yang disokong oleh tujuh kajian klinikal serta turut menggabungkan ramuan-ramuan terbaik dan kualiti yang luar biasa.
Penggunaan harian, Vita Lea boleh:
  • Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh*

  • Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata*

  • Meningkatkan kekuatan tulang dan sistem imunisasi*

  • Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas*
dan yang best~ Shaklee.. pastinya Selamat, Berkesan dan Semulajadi
Setiap pembelian diMamaFaiz.COm, anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.*Cara Order

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, August 4, 2011

Hargailah yg tersayang selagi nyawa dikandung badan.. Soalannya, nak beri apabila dah jatuh sakit atau ketika sihat atau ...

Malam ni tiba2 rasa nak berceloteh panjang.. ala2 rancangan Semanis Kurma.. ahaha.. Sebenarnya saya tersentuh bila baca catatan ringkas diFB oleh junior saya tadi.,kisah arwah ibu temannya yg akhirnya menutup mata meninggalkan dunia fana tanpa sempat merasa supplemen hadiah pemberian si anak.. terkilan jugak tapi ajal maut ditangan Tuhan..

Hmm..bila berbicara tentang supplemen, saya ni bukanlah dlm kumpulan org yg mengambil supplemen secara tegar... mmg saya ni tak berdisiplin... saya hanya start rajin mkn time pregnant dan ketika menyusukan si Faiz dulu.. 5thn dulu.. dan bile tgk kesan yang bagus.. maka saya war2kan.. itu jer lah.. sejak dari tu baru lah ada kesedaran sharing2 info di blog dan FB, takde niat pun kata nak meniaga ke ape ke apa tah lagi nak paksa2 org beli.. sbb ikut suka lah masing2 punya hidup yer.. ahakss.. kat blog ni pun saya share bende yang sama.. kemudian belikan utk suami dan parents.. walaupun ibu saya tu berkeras taknak mkn.. hmm..(dalam hati saya..sy ckp.. takpelah mak..kalau mak taknak pun.. sekurang2ya saya tak rasa terkilan tak belikan dia dari awal...). Yelah kan.. duit mewah saya boleh beli makanan, pakaian, apa sahaja kehendak saya,takkanlah sebotol calcium RM50 pun saya nak berkira.. kan kan.. ..Contoh senang mcm ni lah... Katalah kita mampu nak beli segala mcm utk kita utk familli kita utk ibu bapa kita.. tapi kita selalu tangguhkan hajat nak belikan kasut utk mak kita yg dia nakkkk sangatt.. satu hari,dia takde kaki dah.. time tu rasa2nya berguna tak kasut yg kita beli utk dia?..

Sama gak lah mcm supplemen ni. supplemen ni adalah utk mencegah.. bukan dimkn time sakit... jadi kalau kita kata.. ala,takpela.. mak aku sihat jer... sekali dia sakit teruk., time tu kita belikan ribu2an ubat.. termasuk lah suplemen paling mahal.. (cthnya vivix...hehe)... kalau dia sempat makan.takpelah gak.. kalau tak sempat?..tak ke terkilan nnt.. Saya tak kata supplemen ni kalau mkn ,confim takkan jatuh sakit confirm sembuh segala sakit. tapi sekurang2nya kita usaha.. Dan oh ya, saya tak kata kene beli yg ribu2... takpayah susah2.. kini suplemen shaklee yang glemer dan berkualiti tinggi ni ada dlm bentuk trial pack serendah RM70.. Hatta sebotol Ostematrix tu pun RM60.. Jadi bagaimana? RM50-Rm60 kalau nak dibanding dgn kesannyaa.. Hmm.. anda nilaikanlah sendiri... Utk yg tersayang disini..bukan je terhad ke ibu bapa.. tapi pasangan kita,diri sendiri, anak,, bla bla bla..

Dan bila bercerita tentang penyakit dizaman moden ni.., ia bukan datang dalam sekelip mata.. kita tak gemuk hanya kerana mkn byk dlm satu mlm.. tapi kalau amalan gaya hidup tak sihat tu dijadikan habit.. lama2 jadilah gemuk.. yer tak..... Siapa kata mkn nasi jadi gemuk?tapi kalau makan melebihi terlebih2....dan hari2 plak tu..of courselah datang obes tu... sbb tu dalam Islam bersederhana tu penting..Pendek kata... supplemen ni umpama senjata perisai kita,perlu diambil ketika kita sihat lagi.. sbb kita semua kene ingat yer..apa yang kita makan hari ini bukan memberi kesan sekelip mata…tetapi pelaburan jangka masa panjang tanpa kita sedari.Tapi siapalah saya nak paksa anda.. sbb saya tak pernah berminat nak paksa2 org ni.. Banyak lagi benda lain perlu saya uruskan... Niat saya disini hanya berkongsi yg terbaik... dan sesungguhNya pilihan ditangan anda.. Saya dulu pun start lambat.. well.. better late than never....
Pautan
Sekian sampai sini sahaja tazkirah malam jumaat.. Selamat mlm semua...
ini kisah Ira dan vivix utk ayahnye (high blood pressure) >>ayah blood pressure
ini kisah Kak N dan vivix utk ibunya >>ibu diabetes
ini kisah cik pau dan nutriferon utk ibunya>>ibu demam
........tu hanya sebahagian sahaja yer. ada banyak lagi diluar sana... Renung2kan..

Nak tahu option suplemen yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi saya,di shareeza80@gmail.com | 016-3224122. Setiap pembelian di MamaFaiz.COm, anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.
*Cara Order

Friday, July 15, 2011

7 Sebab anda perlu mengambil suplemen

Saya tertarik dgn artikel yang ditulis Iffa mengenai kepentingan supplemen. JOm baca 7 sebab ni..:dipetik dan diolah dari entri di link sayamahusihat.com
______________________________________________


1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

2 - Tubuh badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
Apabila tubuh badan kita tidak sihat, kita memerlukan lebih nutrient yang membekalkan antioksidan dan menigkatkan imun sistem seperti Vitamin C, Vitamin E dan lain-lain. Sekiranya kita mengalami kecederaan, pengambilan nutrien protein adalah sangat crucial bagi membantu proses baik pulih sel yang rosak dan proses penghasilan sel-sel baru.Untuk Ibu-ibu hamil dan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, jumlah nutrien harian yg diperlukan adalah lebih tinggi dosnya berbanding dengan individu yang tidak hamil atau menyusukan.

3 - Buah-buahan dan sayur-ayuran mungkin terjejas atau tercemar
Manusia lazim memilih sayuran atau buah-buahan yang tampak segar tanpa cela apabila membeli di pasaraya. Tahukah anda, kebiasaannya sayuran dan buah-buahan yang anda nampak lazat dan fresh itu boleh mengundang bahaya? Kebanyakan sayuran dan buah-buahan yang terdapat dipasaran kini diselaputi dengan racun serangga yang berbahaya dan bahan pengawet untuk membolehkan ia bertahan lama. Penggunaan baja kimia pula kini semakin meluas digunakan.Pastikan anda memilih sayuran atau buah-buahan yang ditanam secara ORGANIK.

4 - Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
Waktu berkerja lazimnya bermula seawal jam 8 pagi dan berakhir seawal jam 5 petang (8 jam waktu berkerja dan 1 jam waktu rehat). Namun apa yang jelas kini, terutama bagi warga kota keluar rumah seawal jam 7 bersesak didalam LRT atau menyerah diri pada kesesakan di jalan raya dan pulang pula sehingga lewat jam 9... tiba dirumah setelah bersesak jam 10 malam...WOW!!
Bersesak dalam LRT = STRESS
Jalan Jammed = STRESS
Kerja Banyak = STRESS
STRESS ---> Membawa kepada kemusnahan Vitamin B dan Vitamin C kerana kedua-dua vitamin ini sangat FRAGILE! Bila pulang jam 10, kemudian anda semua dinner? hehehe... Inilah punca ramai yang perut boroi dan ia semakin menjadi kelaziman. Tidak cukup dinner, tambah dengan supper di Uptown/downtown.
Makan lewat malam = pengumpulan lemak berlebihan + peningkatan cholestrol = BOROI
Dan rutin harian inilah yang terus dan terus anda lakukan...jadi tidak hairanlah penyakit High BP dan High Cholestrol kini mula menyerang individu diperingkat umur yg masih muda.

5 - Kebanyakan rakyat Malaysia makan ikut selera rasa
Nasi lemak lazimnya dimakan diwaktu pagi untuk dijadikan santapan sarapan pagi. Namun kerana kelazatannya dan lemaknya nasi itu, ia kini dinikmati tidak kira masanya. Pelbagai gaya nasi lemak yang kita boleh dapatkan 24 jam terutama di kedai2 mamak. Fast Food pula kini menjadi budaya rakyat Malaysia. Jika dulu susah nak cari Fast Food sekarang kiosknya tumbuh bagai cendawan selepas hujan.. SEDAP dan CEPAT!
Bagi yang membesar di Melaka atau negeri sembilan, masakan berbasekan santan adalah suatu kemestian. Pertambahan calori amatlah mudah ya, manakala untuk membakarnya pula mengambil masa yang lama dan bergantung pula aktiviti apa yg dilakukan.

6 - Gangguan Penyerapan Nutrisi daripada Makanan
Anda penggemar makanan/minuman berkaffein? Tahukah anda kaffein boleh menghalang penyerapan Vit D dan Calcium kedalam tubuh? Ia juga turut menganggu menyerapan penyerapan beberapa nutrient penting dalam tubuh.

7 - Kehilangan nutrien dalam makanan
Mungkin anda rasa anda telah berikan yang terbaik buat keluarga anda. Menyediakan makanan kegemaran suami dan anak-anak adalah perkara yang sangat menyeronokkan. Tapi, adakah anda pasti anda berjaya mengekalkan nutrisi yang terdapat di dalam makanan tersebut? Bahan-bahan segar dari ladang akan kehilangan nutrisi ketika proses pengasingan, pembungkusan dan penghantaran. Kemudian, sampai dirumah disimpan di dalam peti sejuk - hilang sedikit nutrisi lagi.. sayuran dipotong dan terdedah akan penyebabkan pengoksidaan vitamin c, hilang nutrisi lagi.. cara memasak? menggoreng? memasak terlalu lama? jadi apa pula yang tinggal ya?
_________________________

Itu dia 7 sebab yang perlu anda renung2kan Bagi saya,saya dah memilih yang terbaik.. Supplemen dari jenama Shaklee, 50tahun menjadi perintis di dunia pasaran suplemen... Anda bagaimana?
"Kesihatan adalah tenaga, kecergasan dan kesejahteraan. Anda akan ketahuinya apabila anda merasainya, apabila anda melihatnya; kehidupan yang sihat adalah sesuatu yang menarik. Orang yang sihat sentiasa bertenaga dan kelihatan hebat. Nutirisi Shaklee telah membantu mewujudkan kehidupan yang lebih sihat kepada berjuta-juta orang selama lebih 50 tahun. Alamilah kehebatan kesihatan dengan Nutrisi Shaklee."~Shaklee website


Wednesday, March 2, 2011

Supplemen dan vitamin bukan sunnah Nabi?

Topik ni mungkin agak subjektif.....kita baca apa kata pendapat MommyLyna tentang ini..

__________________________________________________

Bila menyebut makanan sunnah, biasanya dikaitkan dengan tamar (kurma), kismis (zabit), buah zaitun, halia, delima, susu, madu lebah… Hingga ada yang risau tentang pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut sunnah.Sunnah Rasulullah SAW adalah makan makanan yang halal dan baik untuk kesihatan, sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Baqarah:

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (2:168)

Makanan yang baik adalah makanan yang halal dari segi sumbernya dan terbaik dari segi kualitinya, yakni mempunyai zat yang mencukupi. Kekurangan zat makanan bukan saja menjadikan seseorang itu lemah dari segi fizikal, mudah diserang penyakit, malah juga melibatkan kemampuan berfikir dan mengawal emosi.Rasulullah bersabda:

“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah” HR Muslim.

Ramai orang cuma makan sekadar untuk sedap dan kenyang. Cuba kita perhatikan kebanjiran restoran-restoran atau kedai-kedai atau gerai yang menyediakan makanan yang tidak berkhasiat namun mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Lumrah manusia akan makan mengikut apa yang dilihat di mata dan dirasa oleh hidungnya, bukan mengikut keperluan tubuh badannya. Kerana itulah ada orang yang tidak suka makan sayur, kerana mungkin sayur tak sedap.Negara2 maju amat menitikberatkan soal nutrisi dalam makanan. Oleh itu mereka mempunyai standard RDA (Recommended Daily Value) mereka sendiri. Biasa dengar bukan, USRDA?

Malangnya, bagi kita, tidak semua orang menitikberatkan pemakanan seimbang. Lebih2 lagi dengan variasi makanan di Malaysia, yang ada macam2 jenis. Pagi2 makan nasi lemak, teh tarik. Kadang2 roti canai. Tengah hari beriani kambing. Malam cuba western food pula. Lepas tu keluar ngeteh dengan kawan2 pula. Tapi bila dah tua2 barulah berpantang itu ini sebab dah kena macam2 jenis penyakit.Rasulullah bersabda tentang ini:

“Perut manusia tempat segala macam penyakit, dan pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” HR al-Dailami.

Jadi, bagaimana untuk mencegah segala penyakit? Ia bermula dengan menjaga pemakanan dan aktiviti. Antaranya…

§ Makan mengikut saranan piramid makanan

piramid makanan

§ Mengambil buah-buahan dan sayuran tempatan kerana masa memetik dan sampai kepada pelanggan adalah lebih singkat dan kurang penggunaan bahan pengawet.

§ Mengambil makanan yang membekalkan cukup vitamin dan zat mineral.

§ Makan mengikut waktu.

§ Minum air yang mencukupi.

§ Bersenam.

Penjagaan pemakanan bukan sekadar makan untuk kenyang, sebaliknya untuk membekalkan seluruh zat keperluan kepada tubuh. Rasulullah SAW sendiri mempunyai tabiat makanan yang baik. Oleh itu Baginda sentiasa cergas dan bersedia dalam melaksanakan tugasnya. Begitu juga dengan para sahabat yang bukan saja memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, malah ketua keluarga, ayah, datuk, jiran, kawan, guru, imam dan sebagainya. Tanpa sokongan dari badan yang kuar dan jiwa yang mantap, kita lihat saja kualiti lelaki pada zaman ini. Buat satu kerja sudah penat, buat kerja sikit penatnya banyak, emosi tak terkawal dan sebagainya.

Jadi, makanlah yang baik2, pastikan keluarga kita dibekali pemakanan yang halal dan berkhasiat, yang penting ia adalah dari sumber semulajadi, samada dalam bentuk makanan asal atau pil vitamin ekstrak dari bahan makanan. Walaupun air tangan ibu yang terbaik dan paling berkat, namun makanan yang disuap itu yang membina fizikal dan mental anak-anak.

______________________________________________

Apa pendapat anda?

Friday, February 11, 2011

Fungsi dan Panduan asas dalam memilih makanan tambahan / vitamin.. bukan semata2 memilih jenama

Hari yang sungguh busy ..bla bla bla.... kan best kalau dapat peluk yang tersayang...isk isk....hmm..takpela..peluk Faiz je...... Hari ni hari jumaat?.yahooo..esok dah sabtu.. dan ahad.. cuti tak bermakna saya bersenanglenang.....ni ada byk yg perlu diuruskan.. bersusah2 dahulu ..bersenang2 kemudian..kan kan....

Bagaimana dengan weekend anda?.. Saya?...weekend ni plan asal nak tengok Yogi Bear dengan my little bodyguard.....dan mlm ni saya perlu tidur awal...sebab saya dah tak larat dah ni..sebelum tu ..rasa tak lengkap rutin harian kalau saya tak berkongsi sesuatu di laman maya ini.. ,dan malam ni..saya nak kongsikan entry yang saya dah draft seminggu lebih dah ni..
Ingat tak janji saya dalam entry ini~~ janji nak menjawab soalan ini >>>“Apa pula makanan tambahan yang harus saya ambil ..dan apa yang harus saya pastikan semasa memilih makanan tambahan tersebut? .. Saya taknak cerita meleret .nak straight to the point untuk menjawab persoalan tersebut ..Sila rujuk jadual di bawah ini.untuk panduan anda..tidak memihak kepada mana2 brand ..ini hanyalah panduan asas...... info ini sahih dari buku tulisan Dr Bruce Millers..


Fungsi:

Panduan memilih

PROTIN

Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. .

Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protinberkualiti. . Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protin pada keseluruhannya. Protin berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.

Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa kita (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protin boleh menggantikan protin tanpa lemak.

la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.

Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.

Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protin".

Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar eff isiensi protin (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).

la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.

Multivitamin

Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.

Menampung kekurangan diet yang kecilan.

Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.

la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.

Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.

Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.

Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA serta tujuh mineral lain.

Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.

Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 1OO peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.

Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalamtablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.

VITAMIN C

Meningkatkan . respons imun. .

Stres meningkatkan keperluan vitamin C.

Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.

Membantu penyerapan besi.

Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegah penyakit gusi. . .

Membantu memulihkan luka.

Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit).

Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersif at pelepasan masa berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.

la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.

Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah.

ALFALFA

Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.

Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.

Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.

la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.

Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.

la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia. Kesemuanya penting bagi fungsi sel.

Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.

Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya mata hari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.

Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai

VITAMIN E

" Mungkin melengahkan penuaan sel.

Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.

Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .

Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.

Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.

Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .

Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.

Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.

Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferolyang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .

la harus mengandungi ahli-ahli laindalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.

Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium. Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis.

B.KOMPLEKS

Membantu memerangi kelesuan. .

Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .

Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. .

Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. .

Perlu bagi saraf sihat. .

Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.

Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.

Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.

la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.

Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya '100 peratus peruntukan US RDA bagi biotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut

LESITIN

Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak . dari sel-sel.

* Menglsi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .

Membekalkan asid-asid lemak perlu. la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf

Boleh menurunkan kolesterol.

Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.

Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah darikacang soya. carikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.

Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.

KALSIUM / MAGNESIUM

. Membina tulang dan gigi yang kuat.

Perlu bagi pembekuan darah yang betul.

Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.

Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.

Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. .

Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkan pertumbuhan. .

Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.

carikan kalsium karbonat (batu kapur) dan magnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.

la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.

BESI

Membina sel-sel darah sihat.

Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.

Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.

Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.

Membantu mencegah anemia.

Penting bagi sistem imun anda.

la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. ' Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami b'esi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.

Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik.Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus f umerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupibagi mendorong penyerapan.

ZINK

Perlu bagi memulihkan luka.

Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.

Amat penting dalam sistem imun.

Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.

Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kuiit seperti akne dan dermatitis.

Memainkan peranan dalam respons stres.

Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat.Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.

GENTIAN/ FIBER

Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir,

penyakit divertikular, dan hernia hiatus. . Boleh membantu mencegah kanser kolon.

Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut

terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan). - - Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. - Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari

Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus

mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. la harus tidak mengandungi

pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan. Keluaran yang baik harus

mengandungi gentian yang kaya dan kalorinya rendah. Nisbah 3 gm gentian bagi

setiap 20 kalori adalah unggul. Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau

banyak kalori bagi kandungan gentian.

JULAP / LAKSATIF HERBA


Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.

Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. Herba hijauatau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.

EPA/OMEGA

.Boleh - menurunkan trigliserida. -

Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. .

Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.

Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.

Carikan keluaran yang berlabelkan ,,tanpa rasa susu". lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap. Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yang tanpa kolesterol. Adalah mustahak jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.


Semoga perkongsian ini berguna dan dpt dimanfaatkan buat semua dalam memilih makanan tambahan....apa jua jenama yg anda pilih pastikan anda yakin dan tahu apa yang anda pilih.... Perlu ambil semua di atas?...Sejujurnya...paling minimum.untuk memulakan program makanan tambahan..yang anda perlukan ialah protin dan multivitamin...tetapi lebih efisien jika ia meliputi vitamin C, alfalfa dan fiber..yang lain2 di ambil mengikut keperluan dan status kesihatan anda..Boleh emel atau hubungi saya untuk pertanyaan lanjuut...



Nak tahu option suplemen yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi saya,di shareeza80@gmail.com | 016-3224122. Setiap pembelian di MamaFaiz.COm, anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB. *Cara Order
 

Recent post

My Blog List

Statistic

MamaFaiz...~mom's favorite choice Copyright © 2010 . Designed by Whitey Mommy