Welcome and thank you for visiting MFC

here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplemen Shaklee

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

MFC on Facebook

Pengedar sah Shaklee di Seri Kembangan, Serdang, UPM

Pengedar sah Shaklee di Seri Kembangan, Serdang, UPM
I'm Shaklee Independent Distributor, ID 570945. Setiap pembelian di laman MFC, anda layak menerima hadiah istimewa *, jadual mkn & tips ekslusif , konsultasi percuma berterusan dan layak dijemput ke ekslusif group di FB. Klik Gbr

Search Here

Loading...
Showing posts with label Air. Show all posts
Showing posts with label Air. Show all posts

Wednesday, June 8, 2011

setiap 25kg berat,anda kene minum 1 liter air.. Jadi bila waktu terbaik utk minum air.. lagi2 kalau nak bakar kalori berlebihan?

Bila waktu terbaik utk minum air?..Minum juga punya waktu-waktu tertentu yang didapati baik untuk kesihatan badan. Jangan fikir minum boleh sebarang minum ya. Untuk mendapat kebaikan penuh daripada minuman, pastikan anda minum di waktu-waktu berikut :

· Pagi selepas bangun dari tidur.

Setiap orang akan kehilangan cairan di dalam tubuh sepanjang malam ketika kita tidur. Kehilangan air di dalam badan membuatkan badan berasa lemah longlai dan minda kita tidak cergas. Oleh itu, minumlah sekurang-kurangnya air putih di waktu pagi, betul-betul selepas kita bangun dari tidur. Tidak perlu memberus gigi terlebih dahulu. Dengan begitu, ia dapat menggelakkan anda daripada mencari minuman berkafein

· 30 minit sebelum waktu makan.

Jika anda sudah mula terasa lapar bila hampir waktu makan, ia adalah waktu terbaik untuk anda minum air. Seperti yang sering disarankan, air putih lebih baik untuk kesihatan dan ia boleh membantu mengurangkan rasa lapar. Malah, minum 350ml air sebelum tiba waktu makan atau sebelum anda mula terfikir untuk mengunyah kudap-kudapan, ataupun coklat boleh mengelakkan anda dari berbuat demikian. Jadi, selamatlah anda daripada menambahkan kalori yang berlebihan dalam tubuh anda.

· Sepanjang hari.

Satu lagi waktu terbaik untuk minum adalah sepanjang hari. Menurut kajian di Jerman, minum 1.5 liter air sejuk atau air putih (sekurang-kurangnya 240 ml air sejuk atau air putih setiap kali minum) boleh membantu anda membakar kalori berlebihan di dalam badan. Pakar juga memberitahu bahawa ia membantu meningkatkan kadar metabolisme di dalam badan

__________________________________________________


*p/s: setiap 25kg berat badan anda, anda perlu minum air kosongsekurang-kurangnya 1 liter..


Dan lebih banyak cerita tentang AIR yg anda perlu tahu.. ada di link ini. jemput baca yer

Thursday, February 17, 2011

5 sebab perlu minum air dan TIPS bagaimana nak pastikan dpt minum 2 liter sehari

Selamat pagi semua....Pagi ni.....saya nak share tentang air... entry kali ni kire mcm refresher..peringatan utk diri sendiri gak ni..... kalini nak highlight 5 sebab mengapa kita perlu byk minum air:

1. AGAR TUBUH TETAP SEJUK

Berpeluh memang berperanan dalam menjaga suhu tubuh tetap sejuk kerana itu peluh dapat menjadi pengingat untuk kita memperbanyakan minum air. Jika anda tidak cukup air untuk dikeluarkan dalam bentuk peluh, ia akan mengakibatkan menurunnya kadar darah dan sistem peredarannya juga akan mengalami masalah. Gejala yang biasa dikaitkan dengan masalah peredaran darah yang tidak betul adalah seperti pening kepala, rasa sakit atau mengalami kesukaran bernafas.

2. MENGUMPULKAN NUTRISI


Air membantu menghantarkan nutrisi melalui aliran darah ke seluruh bahagian yang diperlukan oleh tubuh. Ini kerana beberapa nutrisi adalah larut dalam air.

3. MENJAGA TUBUH TETAP BERGERAK

Jika anda kekurangan air, anda akan mengalami sembelit yang mengakibatkan susah untuk membuang air besar. Jadi, air penting untuk melancarkan gerakan kerana air bertindak sebagai 'pembantu' untuk melembutkan kotoran. Dikombinasikan dengan serat, air dapat memudahkan najis dicerna dan dikeluarkan.

4. MENJAGA KULIT TETAP HALUS

Sel kulit yang mengandungi cukup air akan menjadikan kulit sentiasa sihat dan halus. Sebaliknya ketika kekurangan air, kulit akan kelihatan letih dan dehidrasi (kering). Akhirnya, kulit anda akan kelihatan kusam dan tidak bermaya.5. MENGHINDARI BATU KARANG

Batu karang 'tumbuh' ketika zat - zat atau komponen 'sampah' yang masuk melalui ginjal bertahan dan bergabung dengan komponen sampah yang lain. Butiran seperti 'pasir' akhirnya terbentuk. Jika butiran ini tidak dapat dibuang, lambat laun ia akan tumbuh hingga berukuran sebuah 'batu'. Kerana itu, anda perlu minum banyak air agar dapat membersihkan butiran - butiran batu tersebut.Sebahagian besar dari kita menunggu sampai merasa haus untuk minum segelas air. Hakikatnya haus adalah gejala awal dehidrasi. Tubuh kekurangan air biasanya diawali dengan tanda - tanda seperti pening, sakit kepala dan sakit - sakit badan.

....hmm..pentingkan plain water ni. tapi kalau boleh biar air yg ditapis...bab2 filter2 ni cerita lain yer...Akhir sekali…bagaimana nak pastikan sehari kita mnum 2-3 liter air.. sebab ramai yg malas minum sbb tak larat nak ke toilet...taknak perut kembung..etc...takk laratttt wooo…. Rahsianya~~~~minum sedikit2 tetapi kerap….contoh yg paling simple yg anda boleh buat :

~ Minum segelas air selepas bangun daripada tidur.

~Minum segelas air sebelum masuk tidur.

~Minum 3 teguk air setiap setengah jam

~Minum 3 teguk air selepas buang air kecil atau selepas menyusukan bayi(bagi yg bfeed lah)

Dan akhirnya ..anda takkan sedar.. yang sebenarnya anda mampu minum 2liter air sehari.plain water ye.. air kaler2 ni tak kire ok.

lain2 yg menarik:

~.rahsia tentang air... wajib baca dan print

~9 sebab lain anda perlu minum air

~mengantuk-selepas-makan-tghari tu tanda kurangnya air


Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dan free delivery. Boleh sms kan kepada saya 016-3224122 atau boleh guna ID saya 570945 di mana2 branch Shaklee berdekatan

Thursday, January 6, 2011

WAJIB BACA..Print jika boleh. dan pasti anda takkan terlupa untuk minum air..kerana rahsianya disiniiii....

saya sering mengingatkan pembeli2 supplemen agar sentiasa mengamalkan minum air putih yang banyakkk...minimum 2 liter sehari......kenapa???!!!.. tak sukerrr..malas nak gi toilett?perut kembung?..... kini anda takda alasan untuk tidak minum air lagi.. mari baca ..artikel yg sy baca dari blog mamiliena....

"ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.

Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh
mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).

Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

“Air penting untuk melarutkan hasil sampingan metabolisme seperti asid urik dan urea yang diangkut oleh darah ke buah pinggang. Air mencukupi diperlukan untuk mengeluarkan bahan buangan ini dari badan dengan berkesan kerana kekurangan air memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis bahan toksik dan lama kelamaan ia boleh menyebabkan kerosakan organ penting ini.“Air juga diperlukan untuk menjadi pelincir kepada pergerakan sendi dan kajian menunjukkan pengambilan lapan hingga 10 gelas air sehari boleh mengurangkan kesakitan sendi pada 80 peratus pesakit artritis.

“Air turut menjadi bahan asas paling utama untuk aktiviti enzim dan kawalan suhu badan; membolehkan darah menghantar oksigen dan nutrien kepada sel di seluruh badan. Kekurangan air menjejaskan semua proses ini dan khasiat makanan mungkin tidak dapat diagihkan dengan baik ke seluruh badan,” Badan kita membabitkan 70 peratus air dan jika air ini bersih, sel badan jadi lebih segar dan kuat. Air bersih boleh merangsang sistem pertahanan badan, metabolisme sel dan mengurangkan risiko sel menjadi tidak normal, mencegah bahan toksik daripada merebak ke sel lain dan merendahkan peluang mendapat jangkitan.

Air untuk buang lemak.
Bagi individu yang mahu mengurangkan berat badan, minum banyak air kosong antara jalan terbaik. Air elemen penting untuk membantu meningkatkan metabolisme badan dan mempercepatkan proses pembuangan lemak. Untuk kekal sihat dan bertenaga, setiap orang perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air kosong sehari.Masalahnya ramai orang keliru antara isyarat ‘lapar’ atau ‘dahaga’. Kekeliruan ini menyebabkan ada orang mencari makanan setiap kali satu daripada isyarat ini diterima otak.Akibatnya berat badan bertambah tanpa disedari. Masalah ini lebih ketara di kalangan orang tua kerana deria rasa mereka menjadi kurang sensitif. Tidak hairan jika ramai orang tua mengalami masalah kekurangan air dalam badan.

Bagi individu yang turut mengalami kekeliruan ini, langkah terbaik ialah minum air setiap kali terasa lapar. Kajian menunjukkan segelas air kosong boleh menghilangkan kelaparan di tengah malam dan berita baiknya, air tidak mengandungi kalori. Jadi isu pengumpulan tenaga berlebihan yang akhirnya disimpan sebagai lemak tidak timbul.Untuk kesan lebih cepat, pakar pemakanan menyarankan supaya minum setiap kali sebelum makan. Air membuatkan kita terasa cepat kenyang dan ini secara tidak langsung dapat mengelak kita makan banyak.

Pun begitu, jangan sampai tidak makan kerana badan kita sangat bijak. Jika kekurangan makanan, ia merendahkan tahap metabolisme untuk menjimatkan pembakaran tenaga.Malangnya, tahap metabolisme rendah sukar ditingkatkan semula. Ia kekal bagi tempoh lama dan tidak meningkat walaupun tabiat makan kembali seperti biasa. Hasilnya, tenaga yang tidak dibakar daripada makanan disimpan sebagai lemak dan akhirnya membuat kita bertambah gemuk.Ingat, air yang perlu diambil ialah air kosong. Minuman manis mengandungi kalori kosong iaitu yang tidak diperlukan badan. Apabila disuruh minum sehingga dua liter sehari, timbul kebimbangan berlaku kesan sampingan terlalu banyak air. Ada yang mendakwa ia menyebabkan perut berasa kembung.

Long berkata, satu-satunya kesan sampingan yang dialami ialah kerap berulang ke tandas dan ia dianggap perkara baik. Secara umumnya kita tidak akan mengalami masalah ‘terlalu banyak air’ kerana badan secara automatik mengeluarkan air berlebihan.Yang lebih kerap berlaku ialah kekurangan air (dehidrasi). Ramai orang tidak sedar mereka mengalami kekurangan air yang kronik. Antara contoh kekurangan air yang kronik ialah apabila anda hanya pergi tandas satu atau dua kali sehari, berasa dahaga, kulit menjadi kering dan mengalami masalah retensi atau tegasan air.“Retensi air yang menyebabkan perut terasa kembung atau kaki nampak bengkak adalah tanda kekurangan air, bukan sebab terlalu banyak air. Kita berasa kembung kerana badan cuba mengekalkan keseimbangan garam galian. Cara untuk atasi masalah ini ialah dengan minum air secukupnya iaitu antara lapan hingga 10 gelas sehari. Anda akan dapat lihat perubahan positif secara perlahan-lahan.

“Kekurangan air menyebabkan bahan buangan yang perlu dikeluarkan dari badan terkumpul dan lama kelamaan boleh mengakibatkan masalah kesihatan, contohnya pembentukan batu karang. Kehilangan hanya dua peratus air boleh menyebabkan otak kurang cerdas, ingatan jangka pendek menjadi kabur, sukar mengira dan menumpukan perhatian ketika membaca.“Jadi usah risau jika anda perlu selalu ke tandas kerana ia antara cara meningkatkan kepekaan fikiran, khususnya bagi individu yang banyak duduk ketika bekerja.“Banyak kajian menyarankan kita berhenti rehat setiap satu atau satu setengah jam. Pergi ke tandas boleh dianggap sebagai ‘rehat’ yang bukan saja baik untuk membersihkan badan, tetapi mampu meningkatkan tumpuan fikiran,” katanya.
Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)

Ini sebabnya
pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari. ~Sumber : Harian Metro

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack Shaklee untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM70~RM100 per set dan free delivery. Boleh isikan borang pesanan di web ini atau sms kan kepada saya 016-3224122

Tuesday, December 28, 2010

9 sebab penting untuk anda minum air

Daripada apa yang saya baca...disini saya senaraikan 9 sebab utama kita kene minum air...

1. Weight loss < -- jadi siapa2 yang dalam proses berdiet... harus makes sure tak berenggang dgn plainwater..Tahukah anda yang AIR adalah alat terbaik untuk menurunkan berat badan..kenapa..sebab ianya dapat menggantikan minuman yang berkalori tinggi seperti soda dan juice..Dan yang anda perlu tahu yang AIR ni bertindak menekankan selera makan anda...maksud saya mcm ni.. Dikala anda berasa lapar,yang sebenarnya anda hanya haus..so instead of minum air.anda pergi makan...cemanalah nak diet..jadi cukup sekadar minum air okay.Water has no fat, no calories, no carbs, no sugar. Drink plenty to help your weight-loss regimen.

2. Heart healthy <-- Ini lagi satu fakta yang anda perlu tahu untuk minum lots of plain waer...Minum air dalam kadar yang cukup dapat menurunkan risiko serangan penyait jantung....A six-year study published in the May 1, 2002 American Journal of Epidemiology found that those who drink more than 5 glasses of water a day were 41% less likely to die from a heart attack during the study period than those who drank less than two glasses.

3. Energy...Ingat tak entry ni dimana saya share fakta tentang yang mengantuk tu tanda kekurangan air...Hakikatnya ..kekeringan dlm bdn dapat menarik tenaga anda dan membuat anda letih.... If you're thirsty, you're already dehydrated -- and this can lead to fatigue, muscle weakness, dizziness and other symptoms.

4. Headache cure..Lain2 gejala kekurangan air adalah sakit kepala... Ada sebab lain punca2 kita sakit kepala tapi kekeringan/dehydration adalah salah satu punca atau penyebabnya.

5. Healthy skin..Orang kata minum air akan dpt membersihkan kulit dan membuat ianya berseri... Well...semua ni bukan dalam satu malam yer.... tapi cuba dalam seminggu ni consisten minum air..dan lihat kesan ke atas kulit anda...jeng jeng jeng...

6. Digestive problems..Sistem penghadaman kita memerlukan air yang cukup untuk digest the food..Water can help cure stomach acid problems, and water along with fiber can cure constipation

7. Cleansing..Yang ni semua orang tahu lah kan..yang air ni digunakan olehbadan untuk flush out all the toxin sampah sarap dari body kita ni..kan

8. Cancer risk..drinking a healthy amount of water has also been found to reduce the risk of colon cancer by 45%. Drinking lots of water can also reduce the risk of bladder cancer by 50% and potentially reduce the risk of breast cancer.

9. Better exercise..Kalau bdn kita kekurangan air..ia akan melambatkan dan merencatkan aktiviti bersenam kita...semua jadi slow dan susah.Bersenam ni perlukan air tambahan..jadi make sure sebelum dan selepas bersenam tu.minum air yang mencukupi yer..


..nah..sekarang dah tahu kepentingan air.maka kenelah pilih yang terbaik..

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sila contact saya di 016-3224122/ 03-89574458/ shareeza80@gmail.com utk sebarang pertanyaan

Tuesday, October 12, 2010

mengantuk selepas makan tghari?..tu tandanya tak cukup air..


drink plenty of water pleaseee..ni bukan je nasihat untuk nursing mothers...tapi tuk semua orang..termasuk lah saya yer... sbb saya ni pun sangatlah malas minum air masak...huhuhu......kenapa kene minum ar banyak?..saya terjumpe artikel ni..jom baca.... (diceduk dan diedit dari petua.org)

MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak, rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

  • Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
  • Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
  • Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
  • Tekanan darah menurun
  • Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
  • Lesu pada waktu siang
  • Sakit belakang
  • Dehidrasi
  • Sakit kepala
  • Memperlahankan kadar metabolisma
  • Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
  • Sendi dan otot mengalami kekeringan
  • Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
  • Meningkatkan keinginan untuk makan
  • Darah menjadi pekat
  • Mudah keliru.
  • Degupan jantung meningkat


Salam sayang

Saturday, June 5, 2010

how much water your body needs..here is the formula

Do u ever wonder how much water your body needs?...org selalu kata minum air banyak..jgn kurang... tapi nak minum banyak mana?.terlebih karng tak elok gak.... ni saya dapat dari HSE Dept: basically minimum amount of water u need depends on  your weight,activity level & climate. ni formulanya:
WATER FORMULA:
Weight in kilograms/30 = ___ liters
example: berat anda 65kg....65/30= 2.2 liter (jadi minimum air yg anda perlu ialah 2.2liter)
WHEN TO DRINK?:
-Drink warm water after waking up from bed for great skin
-Drink 30 minits before or after a meal (drink during meals disrupt the digesive juices in meal digestion)
-Drink before u thirsty (u are already dehydrated if u feel thirsty)
-Over drinking is bad for kidney-flushes away vit n minerals frm body
-the key is BERSEDERHANA..sip throughout the day..

Salam sayang
 
 

Recent post

My Blog List

Statistic

MamaFaiz...~mom's favorite choice Copyright © 2010 . Designed by Whitey Mommy