Welcome and thank you for visiting MamaFaiz.Com [MFC]..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, my life and also natural suplemen.

I am Shareeza, your Shaklee Independent Distributor at Seri Kembangan, Selangor. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 570945 | shareeza80@gmail.com| 0163224122|FB:Cery
Blog mamafaiz.com dimiliki oleh Faizland Sdn Bhd (1043480-W)

Tips&Cerita magika setiap hari.. klik LIKE page MCsKK

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Search

Loading...

Sunday, June 19, 2011

Belajar berenang antara sunnah Rasulullah.. Bravo my little Faiz.. 1st day attend kelas berenang di Putrajaya

Last week.. saya belek2 satu majalah ni..Womens weekly kot.. tak ingat lah plak.. tapi salah satu topiknya- artikel utk ibu bapa.. Pakar tu cadangkan benefit2 kelas yg bagus utk anak2.. cth.. kelas membaca, kelas berenang, kelas muzik, kelas komputer. semua ada kebaikan tersendiri... Hmm.. lepas tu buat saya terfikir... Faiz my little boy dah 5thn... for the time being, saya tak hantar dia ke mana2 taska...so far cume bacakan buku EAsy read (BM & BI ) sekali sekala. Iqra pun sehari satu muka surat. Sekarang ni hari saya bekerja, Faiz tinggal dgn my MIL .. Bukan x hantar ke taska.. tapi sebelum ni saya dah hantar ke 3 taska..semuanya bertahan beberapa minggu je..dia taknak.. Hmm. taklih pakse gak.dia kecik lagi.. sy dulu pun tak g tadika..hehe.. Akhirnya saya decide... better dia duduk dirumah.. dan sekarang ni.. saya cuma nak hantar beliau ke kelas2 tertentu.. yang hanya perlu hadir seminggu 1-2x je such as kelas berenang , art class, drama/public speaking class, kelas mengaji,kelas karate .. Semua2 tu seminggu sekali je.. jadi takdela dia boring... lagipun saya dah nak jd WAHM, jd saya bleh susun jadual waktu dia dan saya..nak home schooling pun mudah..

Finally.. rabu lepas saya search swim class for children.. dan saya jumpe website ni.. Hmm.. Saya terus register dua kelas. Satu- swimming class for Faiz..(Rm120 sebulan) Dua- speech&Creative Class( Ni start november) sbb dah lepas yg 1st semester.. So takpelah.. kita start kelas berenang dulu ya.. yg lain2 akan menyusul (mama tak reti nak ajar sbb mamafaiz tak tahu berenang. nak amik gak klas utk adult,nntlah tunggu faiz terer dulu..Saya yakin keputusan utk hantar Faiz belajar berenang adalah keputusan yg tepat..Kita semua tahu kan ada 3 benda yang menjadi sunnah Rasulullah....Rasulullah berpesan ..Ajarlah anakmu menunggang kuda, memanah dan berenang.

Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina. Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani. Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal menunjukkan pembangunan lanjutan dalam:
  • kemahiran motor kasar dan halus
  • refleksi (masa tindak balas)
  • Kuasa tumpuan (fokus)
  • Kepintaran / kecerdasan
  • Tabiat sosial
  • Interaksi sosial
  • Keyakinan diri
  • Kebebasan
  • Boleh menangani situsi yang diluar jangka.
Jom kita layan gambar petang tadi... 1st day Faiz attend swimming kelas di Putrajaya Presint 16...baju dan goggles semua baru beli siang tadi..
amik gbr dulu tunggu cikgu tak sampai lagi.. pose kontrol hensem...
sesi warming up before masuk dlm pool
1st day.. belajar dgn cikgu yg baik dan sweet, Cikgu Anizah
cikgu kasi kata2 azimat dulu... faiz bla bla bla bla
_______________________________________
Akhir kata Moga dipermudahkan segala urusan.. "Oh Tuhanku! Perbaikilah urusan agamaku, kerana ia adalah pemelihara setiap urusanku, dan perbaikilah urusan duniaku, kerana di dalamnyalah aku hidup; dan perbaikilah urusan akhiratku, kerana akan ke sana juga aku akhirnya, dan jadikanlah kematian itu sebagai tempat rehat bagiku daripada setiap keburukan."

3 ulasan:

waalllaa! on June 19, 2011 at 12:55 PM said...

semoga faiz berjaya!! hehehe..bagus2..

Kak Aya on June 19, 2011 at 3:40 PM said...

kak aya pun tak pandai berenang, anak-anak pun belum di ajar berenang, agar teruja melihat faiz belajar berenang..

Aniza Ahmad on September 8, 2011 at 8:39 PM said...

Faiz ni antara pelajar renang kami yang bagus. Walaupun usia baru 5 tahun, tapi menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Faiz mempunyai pemahaman yang tinggi dan concentration dia pun dah meningkat. Seronok dapat murid begini, berwawasan dan tak cepat putus asa. Beruntung Mama Faiz...Alhamdulillah...

 

Dah Baca?

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di mamafaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Dilarang utk dicetak/disalin sekiranya bukan bertujuan utk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

My Blog List

Statistic





MamaFaiz...~mom's favorite choice Copyright © 2010 . Designed by Whitey Mommy