Welcome and thank you for visiting MamaFaiz.Com [MFC]..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplemen.

I am Shareeza, your Shaklee Independent Distributor at Seri Kembangan, Selangor. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 570945 | shareeza80@gmail.com| 0163224122|FB:Cery
Blog mamafaiz.com dimiliki oleh Faizland Sdn Bhd (1043480-W)

Tips&Cerita magika setiap hari.. klik LIKE page MCsKK

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Search

Loading...

Sunday, February 20, 2011

Bahaya makanan berproses

Definisi makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara khusus (contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.~~contoh: fast food..nuget,



Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah.Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain.The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporan Journal of Epidemiology and Community Health.Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik dengan peningkatan umur."Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal alam kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.Semasa kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan jenis-jenis dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.Setiap peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu rekod pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ. Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan."Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.Pengarah penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih berat atau obes, ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah."Penemuan ini juga menunjukan pentingnya membantu semua yang terlibat dengan perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."
____________________________________________________________________

Wahhh..terkedu gak baca hasil kajian ni.....bayangkan...amalan pemakanan semasa umur 3thn mempunyai impact terhadap IQ ketika berusia 8thn... wohohoho....5 thn baru nampak....entry ni sebenarnya..untuk peringatan diri sendiri gak..kalau saya dulu..bila dah nak abih sekolah menengah baru dapat jamah dan kenal erti fast2 food ni semua (tak beli sbb tak mampu kecik2 dulu..huhu).. tapi zaman moden ni..saya yakin kita semua mampu dan tak sampai hati kalau hampakan perasaan si kecil..termasuklah saya ni... huhu.. hmm..sesekali bolehlah yer.. karang kempunan la plak...cumanya jangan la kerap sangat..
.kita sebagai ibubapalah yang membantu mereka membuat pilihan...bukannya menurut hati dan perasaan ..Amalan pemakanan hari ini..kesannya bukan dalam semalaman.. dan ni saya petik dari entry yang lepas disini..
.".....Sama juga macam penyakit, ia tak datang dengan serta merta, ianya perlukan masa membiak dalam badan kita untuk menjadi penyakit. Orang yang gemuk bukan sejak lahir.... biasanya disebabkan tabiat makan yang tidak elok. Namun bukan sebab makan ayam seekor satu hari terus membuatkan dia gemuk keesokkan harinya, tetapi sebab makan makanan yang tinggi lemak secara berterusanlah yang boleh buatkan dia menjadi gemuk."
___________________

....

2 ulasan:

waalllaa! on February 20, 2011 at 11:28 PM said...

tu laa..budak2 skang nani tgk balik sekolah je McD, KFC..tu je keje diorg..masa nani dulu balik sekolah..beli kopok lekor jee.. tu yg budak2 ganu pndai2 kot..UPSR, PMR sumer trg yg conquer..sbb kerana kopok lekor kot..kan diperbuat dr ikan...ikan kan membekalkan protein..protein kan bagus utk otak..hehe..

ida khairani on February 21, 2011 at 7:30 AM said...

tq k cery.. aduh..kena lebih tegaslah dgn budak2 mcm ni.

wallaa.. patut la tganu hebat ya!!. lepas nih, cadangkan la org tganu, bukak gerai kopok leko dekat sekolah2 negeri lain plk.

 

Dah Baca?

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di mamafaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Dilarang utk dicetak/disalin sekiranya bukan bertujuan utk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

My Blog List

Statistic





MamaFaiz...~mom's favorite choice Copyright © 2010 . Designed by Whitey Mommy