Welcome and thank you for visiting MamaFaiz.Com [MFC]..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplemen.

I am Shareeza, your Shaklee Independent Distributor at Seri Kembangan, Selangor. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 570945 | shareeza80@gmail.com| 0163224122|FB:Cery

Tips&Cerita magika setiap hari.. klik LIKE page MCsKK

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Search

Loading...

Sunday, February 6, 2011

Kekal positif

Semenjak saya berblog... yang pada asalnya hanya ingin berkongsi tentang supplemen untuk ibu menyusu..tetapi akhirnya ia memberi saya lebih dari itu... saya bertemu dengan pelbagai insan dan permasalah hidup manusia....kadang2 saya rasa mcm saya ni kaunselor la plak..... tapi saya tak rasa ianya satu bebanan buat saya..sungguhh..biarpun saya juga diulit dengan masalah hidup saya.. tetapi kerana saya yakin..dengan mendengar/berkongsi/menyelesaikan/sama2 menanggung masalah org lain.. secara automatiknya ia dapat meringankan beban hidup saya sendiri... saya juga yakin ..doa saya akan dimakbulkan apabila saya mendoakan untuk org lain..InsyaAllah.. dan yang pasti...semua ini menjadikan setiap hari yang saya lalui amat bermakna dalam hidup saya....

Entry sebelum ni saya menulis bahawa stress/depresi amat buruk kesannya jika dibiarkan tanpa dirawat..Saya tak nafikan yang masing2 dari kita ada bebanan hidup..ada masalah tersendiri... tetapi kita kene ingat yer.. seseorang yang merasakan bahawa masalahnya sahaja yang besar,beban hidupnya sahaja yang berat..adalah seorang yang ego...tiada siapa mahu menjadi seorang yg ego atau sombong.. betul tak?saya pun taknak dicop begitu...Memang benar....kalau sekadar mmberi nasihat melalui tulisan..melalui kata2...semua orang boleh buat...sedangkan hakikatnya ianya tak semudah apa yang ditanggung oleh yang empunya badan.....berat mata memandang..berat lagi bahu yang memikul. betul tak?.Jadi bagaimana untuk kekal positif biarpun beribu masalah yang melanda?

Pertama..bersangka baik dengan Allah atau sesama manusia... maksudnya di sini....fikirkan yang positif2 sahaja..kenapa?...memikirkan yg negatif pasti membuat kita bertambah tertekan..jadi bersangka baiklah dalam apa jua keadaan.. Jangan mudah berasa kecewa..kerana Allah akan mengikut sangkaan para hamba2Nya...
Kedua.. berdoa.....Doa itu senjata ampuh bagi mereka yang beriman..Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah....Jadi teruskan berdoa dan jangan mudah putus asa dengan rahmat Allah....
Ketiga..banyakkan beristigfar.. saya juga pernah terbaca bahawa kita digalakkan memperbanyakkan istighfar kerana dalam Surah Hud, ayat 3 Allah menjanjikan kebahagiaan dan kesenangan bagi orang-orang yang memohon keampunan dari-Nya dan bertaubat (pulang menyerah diri untuk taat kepada-Nya)
Keempat..bersyukurlah..Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar.Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap menunaikan solat dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak

Apa yang dicoretkan..hanyalah secebis peringatan buat diri sendiri juga dalam mengharungi suka duka liku2 kehidupan...Akhir kata.............

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286..


Selamat malam semua... oppsss...dah pukul 12 dah ni... nasib malam minggu..boleh tidur pukul 12... jom masuk tidur..Saya sayang anda semua.. and of course I do miss my dear hubby di seberang laut sana...~rindu setengah mati~.... take care dear..selamat malam dan ampun maaf dari saya...gudnite...

0 ulasan:

 

Dah Baca?

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di mamafaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Dilarang utk dicetak/disalin sekiranya bukan bertujuan utk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

My Blog List

Statistic

MamaFaiz...~mom's favorite choice Copyright © 2010 . Designed by Whitey Mommy