Welcome and thank you for visiting MamaFaiz.Com [MFC]..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplemen.

I am Shareeza, your Shaklee Independent Distributor at Seri Kembangan, Selangor. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 570945 | shareeza80@gmail.com| 0163224122|FB:Cery
Blog mamafaiz.com dimiliki oleh Faizland Sdn Bhd (1043480-W)

Tips&Cerita magika setiap hari.. klik LIKE page MCsKK

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Search

Loading...

Tuesday, January 18, 2011

Tips cantik lepas bersalin



haa..tu dia.. tajuk best tengah2 harini.... mari ibu2 semua.yang tengah berpantang..tengah mengandung..mahupun yang dah beranak 2-3 x...bolehla baca dan apply mana patut.. INI DIA TIPS NANI ROSTAM... model 80an yg masih cung melecung..
  • Balik sahaja dari hospital, minta suami cari daun sirih, buah manjakani dan rebus kedua-duanya sebanyak 7 helai daun sirih dan 7 biji manjakani.reneh di dalam periuk tanah sehingga tinggal 2 cawan. i cawan diminum berama air kisaran kunyit. 1 cawan lagi di buat basuh bahagian pintu rahim. Kalau mahu cepat pulih, (mak mentua saya berpesan) suruh suami gosokkan buah manjakani di belakang batu lesung dan sapukan manjakani itu pada jahitan pintu rahim yang di gunting sewaktu melahirkan. Mak mentua saya tekankan lagi, suruh suami buat, supaya dia tak akan cari perempuan lain dan setia sampai bila-bila.
  • Kemudian, kalau boleh cari bengkung perut dari kain yang panjang berjela dan ikat lipan iaitu bersilang-silang supaya perut boleh dibentuk menjadi ramping. Sapukan kapur sireh bercampur minyak kayu putih pada perut sebelum memakai bengkung. Kalau mahu ikatan kemas dan ketat, boleh memakai sambil berbaring.
  • Makan makanan yang berkhasiat seperti ikan, daging ,sayur sawi, brokoli. Lobak putih dan daun turi juga bagus untuk menambah susu badan. Elakkan makan sayur-sayuran yang sejuk dan banyak angin seperti bayam, kobis dan sebagainya.
  • Jangan terlepas waktu makan. Makan tepat pada waktunya.Pastikan kita makan dan minum tidak bertambah. Maksud saya makan hanya satu pinggan nasi dan minum segelas air. Jangan sekali-kali tambah.
  • Bagi yang melahirkan anak pertama, anda boleh cuba makan semua jenis ikan atau sayur. Di situ baru kita tahu ikan mana yang kita makan akan menyebabkan terasa gatal.Sebab setiap individu ada alahan pada makanan yang berbeza. Misalnya saya pantang tak boleh makan ikan kembung, rasa gatal, tetapi kawan saya ok pulak. Jadi anda kena tahu mana makanan yang anda boleh ambil dan yang mana tidak.Jadi bila pantang anak seterusnya anda sudah dapat mendisplinkan diri anda.
  • Ketika dalam pantang anda kena sentiasa jaga langkah anda dan jangan banyak berjalan kerana dikhuatiri kaki tersandung sesuatu dan menyebabkan darah turun lebih banyak dan akan terasa sakit di bahagian peranakan.
  • Selain itu dapatkan food supplement yang terbaik seperti produk shaklee yang terdiri daripada vitamin e, zinc, vitamin c, b kompleks, multivitamin, susu protein dan alfafa yang baik untuk penyembuhan dan membina sel baru...(ni yang best baca statement kak nani rostam ni.. katanya lagi Jenama Shaklee adalah antara yang terbaik... wahh.. i like bila ada orang glemer pun suke mengaku akan keajaiban produk ni..hehe..dia ni bukan jual shaklee pun tapi memberi komen berdasarkan ape yg dia rasa..ehh..saya taktokok tambah yer..boleh tgk link disini )..
  • Amalkan senaman ringan memanas badan sebelum anda mandi dalam masa 10 minit sehari agak memadai agar badan rasa ringan dan segar.
  • Pantang anda akan terganggu sekiranya anak mendapat jaundice. Jadi bagi mengelakkannya, pastikan semua barangan bayi tidak terdapat walau sedikitpun warna kuning. Sekiranya dia masih terkena jaundice juga anda cari akar kayu di kedai ubat cina untuk merawat jaundice dengan merebus akar kayu tersebut dan airnya digunakan untuk memandikan bayi anda. Bayi boleh juga di jemur di bawah cahaya matahari pagi sebelum jam 8.30am. Sekiranya masih berlarutan bawa berjumpa doktor.
  • Kalau anda boleh bertahan berpantang selama 40 hari tanpa menjejakkan kaki ke tanah dengan mengamalkan apa yang pernah saya amalkan itu, insyallah...badan akan sentiasa cergas dan awet muda. Begitulah saya mengamalkannya selama 7 kali beranak.

Siapa lah yang taknak cantik awet muda ..kan kan...tapi rasa teruja tengok nani rostam ni..
Lain2
Nak tahu option suplemen yg bersesuaian dgn budget dan masalah anda? Sila hubungi saya,di shareeza80@gmail.com | 016-3224122. Setiap pembelian di MamaFaiz.COm, anda layak menerima hadiah istimewa percuma, jadual mkn&tips ekslusif yg berkaitan , konsultasi percuma berterusan (after sales service)dan anda juga layak dijemput ke group ekslusif tertutup diFB.
*Cara Order

0 ulasan:

 

Dah Baca?

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di mamafaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Dilarang utk dicetak/disalin sekiranya bukan bertujuan utk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

My Blog List

Statistic





MamaFaiz...~mom's favorite choice Copyright © 2010 . Designed by Whitey Mommy