Welcome and thank you for visiting MamaFaiz.Com [MFC]..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural suplemen.

I am Shareeza, your Shaklee Independent Distributor at Seri Kembangan, Selangor. Delivery throughout Malaysia
Shaklee ID: 570945 | shareeza80@gmail.com| 0163224122|FB:Cery
Blog mamafaiz.com dimiliki oleh Faizland Sdn Bhd (1043480-W)

Tips&Cerita magika setiap hari.. klik LIKE page MCsKK

"Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Search

Loading...

Monday, November 8, 2010

Maksud romantik

suami anda romantik?...eh..sibuk je saya ni tanya suami u all romantik ke tidak.....tapi tipulah kan kalo org tu kata dia tak suke laki yang romantik....semua perempuan nak laki romantik..beli kan cokelat bunga strawberi hadiah..bla bla bla bla bla....lagi2 org mcm saya ni yg hatinya fragile dan ala2 jiwang karat gitu....ahakss..tapi tu dululah kot (ada kot kot lagi tu.)..sekarang ni usia dah mencecah 30tahun...dan telah ditemukan dengan pasangan hidup yang agak2 kontra dgn saya...kalo saya ni karat2...dia lak ala2 besi waja gitu..dan harini saya nak share dan ulas artikel dari Dr Hj Juanda Hj Jaya dalam Mingguan Wanita Disember 2009 bertajuk,"Ramuan Romantik; Hubungan kaku jadi berseri,"...kerana artikel ni buat saya terfikir dan renung sejenak,setelah 5 thn dan 5 bulan melayari alam perkahwinan.(fasa yang begitu mencabar yer..kerana saya yang berbintang taurus ni agak stubborn dan ego...)....saya faham maksud romantik sebenarnya..selama ni faham cuma tak ke dasar hati...buat2 faham je.. antara petikan artikel tu~~ tak dinafikan Sebagai wanita, ada sesetengah para suaminya memberikan hadiah tertentu sempena peristiwa tertentu. Namun ada juga para suami yang tidak melakukan sedemikian. Jadi, adakah ini bermakna si dia tidak romantik?..tidakk~~~~ ni saya nak tambah sikit...tak baik si isteri untuk mengungkit apa jua pemberian dan perlakuan suami kita atau pun menidakkan apa yang dah mereka lakukan..hatta mereka tak ckp terima kasih pun...kita bukan tuhan nak tuntut..dah jadi kewajipan kita laksanakan suruhan suami selagi tak melangkaui hukum agama... jadi takboleh nak merungut..apa ni tak ckp terimakasih.penat aa kemas umah.penat aa masakk..apa ni tak belikan tu..apa ni tak romantik langsung.... sedarlah kita redha Allah pada isteri apabila sang suami redha pada isterinya..jadi kalau dah nature dia tak byk ckp....dan kita faham tu mmg tanda dia ckp terima kasih... alhamdulillah dah... cukupla kita doa dan bersyukur dapat suami mcm tu dan berdoa agar dapat keredhaan suami dalam apa jua perlakuan kita..
okey..,cukup dah tazkirah... now back to our main point...suami romantik.......Menurut Dr Hj Juanda Hj Jaya, romantik bukan hanya bercakap tentang membeli bunga, coklat strawberi atau hadiah mewah untuk pasangan. kalau begitu caranya, hanya orang yang berkemampuan sahaja yang boleh berjiwa romantik. Tidak!..Sebenarnya, romantik lahir dari gerak hati yang diterjemahkan dengan perbuatan untuk memastikan pasangan kita selesa dengan kehadiran kita di sisiNya. Romantik lebih sesuai diertikan dengan keikhlasan mencintai pasangan kerana Allah S.W.T.
1) CINTA KERANA ALLAH SWT~~~Cinta kepada pasangan adalah ibadah di sisi Allah. Jika Allah mengasihi hambaNya, Allah memilih rumah kita sebagai tempat yang paling romantik, bilik tidur sebagai tempat turunnya rahmat dan berkat, kedamaian dan ketenteraman menanungi ahli keluarga kita setiap hari.Allah SWT memandang kita dengan kasih sayang jika kita memandang pasangan kita dengan kasih sayang. Allah SWT redha kepada isteri yang suaminya redha terhadapnya. Semua perbuatan suami kepada isteri dicatat sebagai amalan dan begitulah sebaliknya.
2) SETIAP DETIK BERSYUKUR~~"Terima kasih, sayang," kata-kata itu mampu mencairkan hati pasangan. Orang yang tidak bersyukur kepada Allah pasti tidak sudi mengucapkan terima kasih kepada pasangannya. Hatinya keras, kejam dan bongkak.Merasa diri mampu melakukan segalanya tanpa sesiapa bahkan Allah Taala pun diperkecil, nauzubillah.Tetapi jika seorang isteri mengingat jasa-jasa suami dan meletakkan suami sesuai sebagai seorang yang paling layak diberi penghormatan, maka semua yang diberi suami dibalas dengan kata-kata lembut terima kasih sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
3) MENGALAH, MENDAHULUI KEPENTINGAN PASANGAN~~~Inilah tanda-tanda romantik peringakat tertinggi, menurut pandangan Dr Hj Jauanda.Susah diamalkan dan senang diselewengkan jika tidak memahami hakikatnya. Mengalah bukan bermakna tiada suara sedikit pun dan menyerahkan segala-galanya kepada pasangan. Kalau begitu, tiada orang yang mahu berkahwin.Konsep taat kepada suami secara total adalah salah faham yang sengaja dimainkan oleh kaum lelaki untuk memperbodohkan isteri.Padahal Agama Islam tidak pernah mengajarkan konsep sebegitu. Konsep taat ini mesti berpaksikan kepada perkara-perkara kebaikan sahaja.Jika suami sengaja melakukan dosa dan maksiat, isteri wajib menolak. Sikap mengalah ini bukan sahaja untuk diamalkan oleh kaum wanita sahaja, bahkan kaum lelaki/ suami mesti mengalah jika ia perlu dilakukan untuk kebahagiaan rumah tangga.Kadang-kadang lelaki yang banyak mengalah boleh mengamankan rumahtangga atau mungkin sebaliknya, mengikut keadaan yang sesuai bagi setiap pasangan.Manakala menurut pandangan dan nasihat orang-orang tua, kadang kala seorang isteri itu perlu mengalah terutama jika suami sedang marah.
sesunguhnya apa yang saya share dan coretkan disini..untuk peringatan diri saya sendiri yang banyak kekurangan.....dan saya akan ingat statement ni sampai bila2..."romantik lahir dari gerak hati yang diterjemahkan dengan perbuatan untuk memastikan pasangan kita selesa dengan kehadiran kita di sisiNya"....

*sekarang ni tgh menghitung hari kepulangan si dia....

Salam sayang

2 ulasan:

mommy icha on November 8, 2010 at 10:39 AM said...

setuju sangat2 dengan artikel ni! hubby hadha selalu tanya, kalau hadha majuk2 ckp dia x sayang hadha.. mcm ni ayat dia hihi " sayang tu bukan ditunjukkan dengan perkataan semata-mata. sayang tu ialah perbuatan. kalau setakat abg cakap 'i love you' boleh aje, tapi mana syg nak? abg ckp 'i love you' selalu tp abg balik keje lambat, abg lepak dgn kawan2 sampai 2, 3pagi, abg tak bg syg ikut abg outstation.. ataupun, abg jarang sebut ' i love you' tapi semua benda yang abg sebut td, malah lebih-lebih lah apa je syg nak.. abg bg? "

hehe.. tulah, gatal2 majuk lg, kena sedas! mcm hubungan dgn ALLAH, ckp kita cinta ALLAH tp x solat.

so, hubby hadha ni kategori romantik la kan? :)

Cery on November 8, 2010 at 11:17 AM said...

betul2..samalah dgn hubby akak..dia tunjuk melalui perbuatan... so mmg sah lah hubby kita ni romantik..haha

 

Dah Baca?

Disclaimer #1

Sebarang penulisan di mamafaiz.com adalah perkongsian peribadi. Tiada kaitan dengan mana2 pihak samada hidup atau mati. Dilarang utk dicetak/disalin sekiranya bukan bertujuan utk perkongsian ilmu.

Disclaimer #2

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

My Blog List

Statistic





MamaFaiz...~mom's favorite choice Copyright © 2010 . Designed by Whitey Mommy